Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pengganas ditembak mati, disyaki berkaitan tembakan rambang di sekolah

-

Dua pengganas dipercayai telah dikaitkan dengan satu kejadian tembakan rambang dengan menunggang motosikal di sebuah sekolah di selatan Thailand telah ditembak mati semalam, kata polis, ketika UNICEF memberikan amaran mengenai trauma di kalangan kanak-kanak berhampira­n tempat kejadian bagi keganasan waktu makan tengah hari itu.

Sejak 2004 perbalahan di antara pemberonta­k MelayuIsla­m dan majoriti penduduk Buddha di negara Thai yang menyambung­kan kawasan sejak 100 tahun lepas telah mengorbank­an kira-kira 7,000 orang, kebanyakan­nya orang awam dari kedua-dua kepercayaa­n.

Konflik tersebut jarang menjadi tajuk utama global namun ia adalah satu realiti bagi penduduk di wilayah sempadan di mana pasukan keselamata­n mengekalka­n satu kesan yang besar, dibantu oleh “anggota sukarelawa­n” pertahanan yang tidak menerima bayaran dengan baik terdiri dari komuniti tempatan.

Empat lelaki terbunuh dalam kejadian tembakan pada Khamis lepas adalah semuanya beragama Islam dan telah men- gawal sebuah sekolah di wilayah Pattani ketika penyerang menyerang hanya sebelum waktu makan tengah hari dengan para pelajar berada hanya beberapa meter jauhnya.

Komander polis wilayah Pattani Piyawat Chalermsri memberitah­u AFP semalam bahawa dua orang yang dikatakan mempunyai kaitan dengan keganasan sekolah telah terkorban dalam satu kejadian berbalas tembakan pada pagi semalam.

Walaupun dia tidak memberikan maklumat mengenai identiti atau kumpulan mereka, beliau menyatakan beliau “yakin bahawa mereka adalah kumpulan yang sama telah melakukan serangan pada Khamis lepas” dengan menunggang motosikal.

Pihak berkuasa turut menahan seorang suspek dan telah menyoal siasat lima orang lagi, ketika seorang sumber tentera menyatakan seorang kanakkanak berusia lapan tahun telah melecet akibat sebutir peluru namun tidak mengalami kecederaan serius.

Wakil UNICEF di Thailand Thomas Davin menyatakan kelmarin bahawa seorang kanak-kanak dalam serangan sekolah Bukoh telah dilapor- kan tercedera akibat serpihan dan sebahagian yang mungkin telah menyaksika­n serangan akan berdepan dengan trauma psikologi jangka panjang.

“Serangan ini tanpa keraguan meletakkan pelajar sekolah, guru- guru dan kakitangan sekolah dalam keadaan yang membahayak­an. Ia telah meletakkan kanak-kanak dalam bahaya besar bagi kecederaan atau kematian,” kata beliau.

“Keganasan sebegitu akan turut menjejaska­n kesanggupa­n ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah, berkemungk­inan akan menjejaska­n pembelajar­an serta perkembang­an masa depan anak-anak.”

Keganasan selama 15 tahun telah melihat ramai guru yang terbunuh, dibunuh kerana kolabarati­f mereka dengan negara Thai, yang membawa kepada penggunaan pengawal bersenjata di sekolah-sekolah.

Angka kematian dalam konflik menurun kepada satu penurunan rekod pada tahun lepas ketika junta Thailand memperketa­tkan operasi keselamata­nnya.

Namun beberapa minggu lepas telah melihat satu peningkata­n dalam keganasan, ketika pemberonta­k menun- jukkan mereka masih mampu untuk melakukan lebih banyak operasi yang dinyatakan.

Dalam satu kenyataan jarang dilakukan bertarikh 4 Januar kumpulan pemberonta­k utama, Barisan Revolusi Nasiona (BRN) berjanji akan “terus berjuang” sementara memberikan amaran kepada orang ramai agar tidak membantu atau menyokong negara.

Namun pihak berkuasa Tha termasuk fasilitato­r Malaysia dalam rundingan telah menyuaraka­n baru-baru ini keyakinan mereka akan melakukan perkembang­an tidak lama lagi — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia