Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia masih jauh untuk menjadi masyarakat tanpa tunai: PAYNET

Masyarakat tanpa tunai mungkin tidak sesuai untuk kawasan pedalaman

-

KUALA LUMPUR: Malaysia masih lagi jauh dalam perjalanan untuk menjadi masyarakat tanpa tunai, berikutan tabiat rakyat Malaysia yang lebih suka berbelanja menggunaka­n tunai untuk pembayaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Payments Network Malaysia Sdn Bhd ( PayNet), Peter Schiesser berpendapa­t, negara ini hanya akan mampu merealisas­ikan konsep masyarakat tanpa tunai dalam tempoh 20 tahun akan datang.

“Dalam era digital hari ini, adalah terlalu mahal bagi sesebuah negara untuk mencetak wang tunai atau peruncit mengendali­kan wang tunai.

“Tetapi bukanlah bermakna instrumen tunai akan terhapus esok hari, ia akan mengambil masa dan saat itu pasti kita akan tempuh, mungkin dalam 20 tahun,” katanya kepada taklimat media mengenai ekosistem pembayaran Malaysia di sini kelmarin.

Schiesser menjelaska­n bahawa sekarang ini, masyarakat tanpa tunai mungkin tidak sesuai untuk kawasan pedalaman kerana kebanyakan penduduk masih bergantung kepada wang fizikal dan mempunyai tahap celik kewangan yang rendah berbanding dengan penduduk bandar.

“Di sinilah negara perlu memainkan peranan khususnya dalam mendidik orang untuk meningkatk­an kesedaran mereka dan membuat perbezaan,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berkata angka transaksi elektronik di Malaysia telah melonjak sejak dua tahun lepas, disebabkan perkembang­an perniagaan e-dagang di negara ini.

Menurut perangkaan Bank Negara Malaysia, sejumlah 833.9 juta transaksi telah dibuat melalui perbankan Internet dari Januari sehingga Disember 2018, berbanding 741.9 juta bagi keseluruha­n 2017 dan 588.2 juta pada 2016.

Statistik menunjukka­n bahawa transaksi perbankan mudah alih juga meningkat dalam tempoh 11 bulan pertama 2018 kepada 1.92 bilion daripada 1.05 bilion yang dicatatkan bagi keseluruha­n 2017 dan 526.6 juta pada 2016.

Bagaimanap­un, jumlah pengeluara­n wang tunai daripada mesin juruwang automatik berkuranga­n kepada 718.3 juta dari Januari hingga Disember 2018 berbanding 763.9 juta bagi keseluruha­n 2017 dan 761.2 juta untuk 2016.

Schiesser ketika ditanya adakah perlu untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah masyarakat tanpa tunai, beliau mengingatk­an bahawa sikap terlalu bergantung kepada pembayaran digital akan meletakkan negara dalam risiko, terutama apabila wujud ancaman keselamata­n dan kebimbanga­n geopolitik.

“Sebagai contoh, Sweden (yang membentuk masyarakat tanpa tunai paling besar) sedang berhadapan dengan beberapa potensi risiko, iaitu, apa yang berlaku sekiranya infrastruk­tur digital terjejas? Sweden akan lumpuh,” katanya.

Oleh itu, beliau berpendapa­t bahawa pihak berkuasa perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan sistem-sistem pembayaran d negara ini berfungsi dengan lancar.

Sementara itu, ACI Worldwide Inc dalam satu kenyataan kelmarin, berkata PayNet telah melaksanak­an platform pembayaran runcit masa nyata Malaysia dengan menggunaka­n penyelesai­an pembayaran masa nyata UP melalui perkhidmat­an pembayaran elektronik yang dilancarka­n baru- baru ini DuitNow.

Penyedia penyelesai­an perbankan dan pembayaran elektronik masa nyata dar Amerika Syarikat itu berkata kedua- dua pihak sekarang ini sedang menumpukan kepada pengenalan beberapa perkhidmat­an baharu sepert bayaran QR (Tindakan Pantas), serta permintaan untuk pembayaran, e-mandat dan debit masa nyata.

“Perkhidmat­an pembayaran baharu ini dijangka akan mengubah bagaimana perniagaan mengumpulk­an pembayaran di Malaysia,” katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia