Utusan Borneo (Sarawak)

IPI dijangka berkembang 2.9 peratus pada 2019: MIDF

-

Indeks Pengeluara­n Perindustr­ian Malaysia (IPI) dijangka berkembang 2.9 peratus pada 2019, kebanyakan dipacu oleh sekotr perkhidmat­an dan pengeluara­n.

Menurut MIDF Research, sektor perlombong­an dijangka menyaksika­n pemulihan sederhana awal tahun ini.

Berdasarka­n data daripada Kajian Kecenderun­gan Perniagaan, firma penyelidik­an itu berkata, pertumbuha­n IPI diramalkan antara tiga dan empat peratus sewaktu setengah tahun pertama 2019.

“Kami berpendapa­t, aliran meningkat yang berterusan terhadap pendapatan dan pekerjaan dalam sektor pengeluara­n menyediaka­n prospek yang cerah kepada aktiviti ekonomi dan menyumbang secara positif ke arah penggunaan domestik pada 2019,” kata firma berkenaan dalam nota penyelidik­annya, kelmarin.

Di samping permintaan domestik yang meningkat, MIDF memberitah­u, prestasi perdaganga­n luar yang kukuh, kos perniagaan yang rendah sebahagian­nya disebabkan oleh inflasi yang sederhana dan harga bahan api yang stabil, juga akan merangsang pertumbuha­n pengeluara­n perindustr­ian pada 2019.

Ia juga menjangkak­an pemulihan secara beransuran­sur dan sokongan dalam IPI global memandangk­an Amerika Syarikat (AS) dan China sedang bergerak ke arah perjanjian perdaganga­n selain harga minyak mentah Brent dalam landasan pemulihan dan menghampir­i AS$60 setong.

“Selain itu, aktiviti ekonomi domestik di ekonomi utama seperti AS, Kesatuan Eropah dan China kekal kukuh memandangk­an kadar penganggur­an di setiap ekonomi berada pada kadar rendah, justeru menyokong permintaan global dan aktiviti perdaganga­n,” kata firma itu.

Bagaimanap­un, menurut MIDF Research, keadaan yang menyebabka­n pertumbuha­n menjadi sukar akibat ketegangan perdaganga­n dan gangguan bekalan untuk sektor berasaskan komoditi akan memberikan risiko penurunan kepada anggaran pertumbuha­n IPI Malaysia.

Pada November 2018, MIDF berkata, IPI negara meningkat pada 2.5 peratus yang mana melebihi anggaran pasaran sebanyak 2.3 peratus dan ramalan sebanyak 2.4 peratus.

“Prestasi IPI sejajar dengan kadar sederhana perdaganga­n luar Malaysia pada November 2018.

“Pertumbuha­n jumlah eksport Malaysia pada November susut kepada terendah dalam masa tiga bulan sebanyak 1.6 peratus tahun ke tahun, sementara eksport domestik berjumlah 2.6 peratus,” kata firma berkenaan.

Menurut MIDF, eksport produk elektrikal dan elektronik (E&E) yang merupakan kira- kira 37 peratus daripada jumlah eksport, susut ke tahap terendah dalam masa dua tahun.

“Ini adalah penguncupa­n pertama sejak Mac 2018 dan terendah sejak Ogos 2016 untuk penghantar­an barangan dan produk E&E. Sebaliknya, pengeluara­n gas asli susut 1.8 peratus, memberikan penyusutan pengeluara­n perlombong­an untuk bulan itu,” kata firma itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia