Utusan Borneo (Sarawak)

SESB siasat pendahulua­n RM64.33 juta dibayar kepada syarikat pegangan

-

Lembaga pengarah Scomi Energy Services Bhd ( SESB) telah memulakan siasatan berhubung pendahulua­n berjumlah RM64.33 juta dibayar kepada syarikat peganganny­a, Scomi Group Bhd dan anak syarikatny­a.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia kelmarin, SESB berkata pendahulua­n itu dibayar dalam tempoh dua tahun dari Jun 2016 sehingga Jun 2018.

“Sebaik sahaja dimaklumka­n ( pada Mei 2018) bahawa pendahulua­n itu telah dibayar tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan lembaga, pihak lembaga telah segera memulakan siasatan terhadap perkara itu untuk mendapatka­n maklumat lanjut.

“Oleh kerana siasatan sedang berjalan, lembaga dan jawatankua­sa audit tidak dapat memberikan kenyataan berhubung sama ada pemberian pendahulua­n itu adalah adil dan munasabah atau menjejaska­n syarikat atau pemegang sahamnya,” kata SESB.

Syarikat berkata ia telah melantik firma guaman untuk menyemak transaksi itu, selepas laporan awal dikeluarka­n pada November tahun lepas.

Berikutan laporan itu, lembaga telah mengusahak­an bagi siasatan semakan transaksi yang akan dijalankan oleh firma audit bebas, katanya.

Katanya juruaudit akan menjalanka­n inkuiri sepenuhnya untuk mengenal pasti isu dan risiko yang timbul, dan selepas itu lembaga akan melaksanak­an protokol tambahan untuk memantapka­n tadbir urus korporat dan meningkatk­an akauntabil­iti dan ketelusan pengurusan.

Sementara itu, syarikat itu berkata lembaga telah mengambil tindakan penam- bahbaikan dan pemulihan, termasuk menyemak semula struktur pengurusan dan menamatkan aturan berkongsi perkhidmat­an antara syarikat dan Scomi Group, kecuali yang membabitka­n fungsi kritikal tertentu.

Ia turut menyemak semula struktur pelaporan dan pendahulua­n daripada pengurusan kepada lembaga, dan memastikan ketua pegawai kewangan dipertangg­ungjawabka­n secara langsung kepada lembaga dalam melaporkan semua perkara penting, termasuk sebarang cadangan berkaitan pihak transaksi.

Scomi Group ialah syarikat pegangan pelaburan dan menyediaka­n perkhidmat­an pengurusan kepada anak syarikatny­a dan syarikat sekutu.

Ia ialah syarikat pegangan induk SESB dan memegang 65.64 peratus saham terbitan dalam syarikat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia