Utusan Borneo (Sarawak)

Hasil Potboy Groceries naik tiga kali ganda pada tahun ini

-

Platform runcit dalam talian tempatan, Potboy Groceries menyasarka­n hasilnya akan meningkat kepada tiga kali ganda pada tahun ini daripada RM50 juta yang dicatatkan pada 2018, berikutan pengembang­an operasi perniagaan­nya ke seluruh Semenanjun­g Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas PB Grocery Group Sdn Bhd, Eddie Chew Chun Liang berkata memandangk­an permintaan yang semakin meningkat daripada pengguna dalam talian, syarikat itu yang beroperasi di Lembah Klang, akan memasuki bandarband­ar utama lain seperti Johor Bahru, Melaka, Ipoh dan Pulau Pinang.

PB Grocery adalah pemilik dan pengendali Potboy Groceries.

“Selain berkembang se- cara geografi pada tahun ini, kami juga akan meningkatk­an lagi jumlah produk dalam platform kami merangkumi barangan runcit yang berkualiti dari Thailand, Jepun dan Taiwan,” kata Chew.

Beliau berkata demikian kepada Bernama pada majlis pelancaran promosi jualan Pengalaman Membeli-Belah Dalam Talian ke Luar Talian (O2O) sempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina di sini kelmarin.

Platform tersebut, yang mempunyai 40,000 pengguna berdaftar dan 18,000 pengguna aktif, sekarang ini, menawarkan 250 jenama yang terdiri daripada 10,000 jenis barang, ia merancang untuk menambah angka barangan kepada 30,000 jenis dalam tempoh dua tahun.

Sementara itu, Chew berkata promosi jualan O2O selama tiga hari itu, yang diadakan di Starling Mall, akan membolehka­n pengguna untuk membeli produk yang dipamerkan dengan mengimbas kod QR produk berkenaan, bayar secara dalam talian dan kemudian menunggu produk dihantar ke rumah mereka secara percuma.

“Pembekal tidak lagi perlu bimbang tentang logistik dan kuantiti inventori yang perlu dibawa ke lokasi,” katanya.

Acara tersebut yang berakhir pada Ahad ( hari ini), dianjurkan dengan kerjasama aplikasi e-dompet Boost, dengan harapan ia akan meningkatk­an transaksi tanpa tunai di kalangan rakyat Malaysia.

Lebih daripada 80 jenama mengambil bahagian, termasuk Nestle, CocaCola, Munchy’s, Yeo’s dan MamyPoko. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia