Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai kejayaan lonjak Press Metal Sarawak Kesemuanya hasil daripada usaha dan semangat serta sokongan padu daripada tenaga kerja

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Press Metal Sarawak Sdn. Bhd. (PMS) telah mencapai banyak kejayaan dalam 10 tahun kewujudann­ya di Sarawak.

Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif Press Metal Datuk Paul Koon Poh Keong berkata, dalam tempoh itu, Mukah telah berjaya menjadi kawasan pengekspor­t dan pengeluar aluminium.

“Daripada pengimport aluminium, Mukah akhirnya kini telah jadi kawasan utama dan pengeluar aluminium dalam tempoh 10 tahun,” katanya pada Makan Malam Tahunan PMS di Kingwood Resort di sini pada malam Jumaat.

Bukan itu sahaja, malah kejayaan demi kejayaan dapat dikecapi oleh PMS kerana baru- baru ini mereka telah turut berjaya menembusi pasaran aluminium Eropah.

Kejayaan itu katanya membanggak­an kerana ia bukan sesuatu pencapaian mudah dengan pasaran yang mementingk­an kualiti dan pelbagai lagi aspek lain.

Namun, atas usaha dan semangat serta sokongan terutama daripada para tenaga kerja, semuanya boleh dicapai.

Paul turut mengaku bahawa semua pencapaian PMS kini tidak dapat digapai dengan mudah dan telah melalui pelbagai rintangan.

Oleh itu, beliau menyeru semua kakitangan PMS untuk terus melakar kejayaan bersama-sama syarikat pada masa depan.

Beliau pada masa sama memberitah­u industri alumin- ium mempunyai masa depan cerah kerana ia penting dalam kehidupan seharian.

“Kita dapat lihat kepentinga­n aluminium dengan kaitannya dalam kegunaan pada hampir setiap barangan termasuk kelengkapa­n rumah, bangunan termasuk telefon bimbit dan banyak lagi,” ujarnya.

Turut berucap pada majlis berkenaan adalah Pengurus Besar PMS Choa Wei Keong.

Sekitar 1,000 warga PMS diraikan sempena makan malam berkenaan yang juga sambutan ulang tahun ke-10 PMS.

Selain makan malam, para hadirin turut dihiburkan dengan pelbagai persembaha­n tarian, nyanyian, tayangan montaj serta cabutan bertuah.

 ??  ?? TERUS MARA: Paul (dua kanan) bersama yang lain memotong kek tanda ulang tahun ke-10 PMS.
TERUS MARA: Paul (dua kanan) bersama yang lain memotong kek tanda ulang tahun ke-10 PMS.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia