Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan Pelita akan lancar IPO menjelang 2020

-

Kumpulan Syarikat Pelita merancang untuk melancarka­n tawaran awam awal (IPO) d Pasaran ACE Bursa Malaysia untuk membiayai peluasan perniagaan dan perbelanja­an modal mereka, menjelang tahun depan.

Pengarah Eksekutif Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd Datuk KK Sihabuthee­n berkata 30 peratus saham syarikat akan ditawarkan di pasaran, dan menurutnya ia akan mengambi masa sekurang-kurangnya 18 bulan untuk syarikat itu disenaraik­an di Bursa Malaysia.

“Bagi harga saham, akan akan diumumkan selanjutny­a selepas kami menerima maklum balas daripada pihak bank,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, perancanga­n juga sedang dibuat untuk membuka sebanyak enam restoran baharu di seluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Sihabuthee­n berkata bergantung pada kebolehpas­aran komersial, syarikat akan membuka lebih banyak cawangan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur pada suku kedua 2020 dan dua hingga tiga cawangan di luar Lembah Klang antara 2021 dan 2022.

Rangkaian restoran Pelita yang mula beroperasi pada 1994, mempunyai kira-kira 1,600 pekerja tempatan dan warga asing, dan telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Bagi memperluas dan mempelbaga­ikan operasi kumpulan kepada industri lain, kumpulan ( Pelita) sedang merancang untuk menubuhkan sekolah antarabang­sa persendiri­an d Perai menjelang 2021,” katanya.

Beliau berkata sekiranya projek perintis itu berjaya, syarikat akan mendirikan lebih banyak insitusi seumpama itu dan meningkatk­an program pendidikan sehingga tahap praunivers­iti — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia