Utusan Borneo (Sarawak)

Waktu operasi baharu UTC bermula 22 Jan

-

Kementeria­n Kewangan akan melaksanak­an waktu operasi baharu Pusat Transforma­si Bandar (UTC) bermula 22 Jan ini sebagai langkah penjimatan perbelanja­an kerajaan.

Kementeria­n dalam satu kenyataan kelmarin, berkata tiga UTC – Shah Alam, Keramat dan Seremban akan beroperasi dari 1 petang sehingga 10 malam pada Isnin hingga Khamis dan dari 2.45 petang hingga 8 malam pada Jumaat.

Pada Sabtu dan Ahad, ketigatiga UTC ini akan beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang.

Bagi empat UTC lagi iaitu Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kuala Terengganu, waktu operasi adalah dari 1 petang sehingga 10 malam pada Ahad hingga Khamis dan dari 8 pagi sehingga 5 petang pada Jumaat dan Sabtu.

Sementara itu, bagi 15 UTC yang lain yang beroperasi di seluruh negara, waktu operasi adalah dari 8 pagi sehingga 5 petang setiap hari.

Kementeria­n berkata waktu operasi baharu berkenaan adalah berdasarka­n maklum balas orang ramai yang memohon supaya operasi UTC di beberapa lokasi tertentu dibuka sehingga 10 malam.

“Kementeria­n telah mengkaji kesesuaian UTC yang boleh melaksanak­an waktu operasi tersebut dan menetapkan tujuh UTC yang terletak di dalam pusat beli-belah untuk dilewatkan waktu operasinya,” katanya.

Katanya UTC kekal beroperasi selama tujuh hari seminggu kecuali cuti umum bagi memudahkan orang awam mendapatka­n perkhidmat­an kerajaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia