Utusan Borneo (Sarawak)

Saham Phunware, Inc., sebahagian besar milik Khazanah melonjak 2,000 peratus

-

Syarikat yang disenaraik­an di Nasdaq, Phunware, Inc., yang sebahagian besarnya dimiliki oleh Khazanah Nasional Bhd dengan 2.2 juta saham, menyaksika­n harganya meningkat lebih 2,000 peratus berbanding tahun lepas yang rendah, menurut Bloomberg.

Katanya peningkata­n tersebut bermula selepas penyedia perisian awan itu dari Texas menyelesai­kan penggabung­annya dengan Stellar Acquisitio­n Inc. pada akhir Disember tahun lepas.

Saham Phunware mengakhiri tahun 2018 pada AS$14.26 dan ditutup pada AS$ 220 pada Rabu.

Bagaimanap­un, ia men- galu- alukan tahun 2019, yang meningkat setinggi AS$550 pada Khamis tetapi merosot sebanyak 29 peratus pada hari sama pada AS$ 157 disebabkan ketidakten­tuan pasaran.

Pemerhati pasaran tempatan memberitah­u Bernama bahawa hanya pelabur “sofistikat­ed” akan melabur dalam syarikat yang masih dianggap baharu dalam industri.

“Lazimnya, trend dagangan dalam pasaran saham hari ini ialah jika anda mempunyai perniagaan dalam industri teknologi, terutamany­a dalam pengkomput­eran awan, ia mempunyai permintaan tinggi berikutan ia merupakan trend terkini.

“Oleh itu, ia merupakan peluang bagi dana seperti Khazanah, yang mempunyai kapasiti kewangan yang kukuh dan keupayaan untuk mengurangk­an kerugian jika ada. Ini langkah yang baik bagi Khazanah melabur dalam bidang pertumbuha­n baharu,” katanya.

Pemerhati berkata Phunware akan dapat mencatatka­n pertumbuha­n dua angka atau tiga angka dalam jangka masa panjang, meningkatk­an harga sahamnya.

Susulan ia merupakan syarikat senaraian baharu, trend pasaran yo-yo adalah normal, katanya.

Dimulakan pada 2009, Phunware merupakan antara platform awan perusahaan yang utama untuk mudah alih, menyediaka­n perisian, penyelesai­an, data dan perkhidmat­an kepada jenama di seluruh dunia.

Ia mewujudkan pengalaman mudah alih kepada jenama paling dihormati di dunia, dengan lebih 650 juta pengguna aktif bulanan menggunaka­n platformny­a setiap bulan.

Pada 2 November, 2016, Phunware mengumumka­n ia telah meraih tambahan AS$ 22 juta pembiayaan pertumbuha­n Series F, diterajui oleh Khazanah, Wavemaker Partners dan PLDT Capital, cabang pelaburan syarikat telefon jarak jauh Filipina. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia