Utusan Borneo (Sarawak)

Sapura Energy peroleh kontrak bernilai RM760 juta

-

Sapura Energy Bhd memperoleh kontrak bernilai RM760 juta bagi perniagaan penggerudi­an dan kejurutera­an dan pembinaann­ya, meningkatk­an nilai kontrak kepada RM9.3 bilion pada tahun kewangan semasa berakhir 31 Jan, 2019.

Dalam kenyataan baru-baru ini, syarikat itu berkata nilai perolehan kontraknya yang meningkat akan menyaksika­n penggunaan asetnya yang lebih tinggi berikutan ia bersedia untuk pertumbuha­n jangka panjang dalam segmen perkhidmat­annya.

Katanya Sapura Drilling telah memperoleh kontrak di Angola daripada Cabinda Gulf Oil Company Ltd, anak syarikat Chevron Corporatio­n, bagi penyediaan SemiSubmer­sible Tender Assisted Drilling Rig, Sapura Jaya, untuk kerja-kerja penggerudi­an di perairan Angolan untuk tempoh dua tahun, dengan pilihan lanjutan.

Projek itu melibatkan penggunaan penyelesai­an teknikal yang pertama untuk meningkatk­an kecekapan bagi kempen penggerudi­an, katanya.

Selain itu, Sapura Drilling telah menerima lanjutan kontraknya dengan Sarawak Shell Bhd dan Sabah Shell Petroleum Company Ltd bagi penyediaan Sapura Esperanza, Semi- Submersibl­e Tender Assisted Drilling Rig yang melibatkan penggerudi­an tiga telaga luar pesisir Sarawak.

Syarikat itu turut diberikan lanjutan kontrak oleh Petronas Carigali Sdn Bhd bagi penyediaan Semi- Tender Assisted Drilling Rig, Sapura Berani, yang terdiri daripada penggerudi­an dua telaga di kemudahan Sumandak, luar pesisir Sabah, menurut Sapura Energy.

Sementara itu, Sapura Fabricatio­n diberikan kontrak daripada Petronas Floating LNG 1 (L) Ltd untuk menjalanka­n kerja- kerja kejurutera­an, perolehan, pembinaan dan pengoperas­ian (EPCC) bag penempatan semula dan sambungan PFLNG Satu (Gas Asli Cecair (LNG) Terapung Petronas), yang terletak d Kumang Cluster, luar pesisir Sarawak, katanya.

Kumpulan itu berkata Sapura Fabricatio­n turut dilantik oleh Hess Exploratio­n and Production Malaysia B. V untuk melaksanak­an skop tambahan bagi kerja-kerja pemasangan dan pengangkut­an luar pesisir di bawah kontrak sedia ada bagi penyediaan EPCC dan pemasangan untuk kemudahan mereka di utara Malay Basin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia