Utusan Borneo (Sarawak)

2018 tahun cemerlang bagi Mercedes-Benz Malaysia

-

Mercedez-Benz Malaysia (MBM), pengedar jenama MercedesBe­nz di Malaysia, mencatatka­n prestasi cemerlang pada 2018 yang dipacu oleh pelaksanaa­n tempoh sifar cukai dan strategi berpaksika­n pelanggan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dr Claus Weidner berkata jualan kenderaan meningkat sembilan peratus kepada 13,079 unit daripada 12,045 unit direkodkan pada tahun sebelumnya, melonjakka­n perkongsia­n pasaran syarikat itu kepada 2.4 peratus daripada 2.3 peratus sebelumnya.

“Usaha kami untuk memantapka­n pengalaman jenama kami bagi peminat kami yang kian bertambah dan daripada pelbagai latar belakang telah membuahkan hasil dan kami gembira mendapat kembali kedudukan kami sebagai jenama premium nombor satu di Malaysia,” katanya kepada pemberita pada taklimat syarikat itu mengenai prestasi sepanjang 2018 dan unjuran bagi 2019, di sini Rabu lalu.

Pada Jun tahun lepas, bulan pertama tempoh sifar cukai dilaksanak­an berikutan langkah kerajaan memansuhka­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an, MBM mencatatka­n jualan tertinggi bulanan dalam sejarah syarikat itu sebanyak 1,750 unit.

Weidner berkata bidang perniagaan lain juga mencatatka­n peningkata­n dengan jumlah kenderaan diservis tahun lepas naik sebanyak 16 peratus daripada tahun sebelumnya kepada 148,800 unit dan pembiayaan dalaman melonjak sebanyak 23 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM2.7 bilion.

“Empat daripada 10 kereta dijual dibiayai menerusi pembiayaan dalaman kami,” katanya.

Lima daripada setiap 10 kereta dijual, sementara itu memperoleh perlindung­an insurans menerusi perkhidmat­an dalaman syarikat.

Sebanyak 20 model baharu dan dinaik taraf telah dilancarka­n tahun lepas untuk melengkapi barisan produk syarikat, katanya.

Dalam pada itu, Weidner berkata MBM yakin dapat mengatasi prestasi tahun lepas didorong oleh permintaan bag kenderaan kompak dan utilit sukan premium, ditambah dengan pendekatan holistik dan strategi berpaksika­n pelanggan syarikat.

“Kami juga akan terus menawarkan ciri-ciri baharu dan segar terhadap portfolio model- model kami untuk terus menjadikan­nya menarik kepada pelanggan,” katanya.

Berhubung jumlah pelancaran bagi tahun ini, beliau berkata ia juga sekitar angka tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia