Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan sertai PDRM kian menggalakk­an: Pengarah JSJ

Meskipun syarat kelayakan peringkat SPM, turut dipohon lepasan universiti

-

JEMPOL: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata permohonan masyarakat untuk menyertai badan beruniform itu semakin menggalakk­an termasuk daripada pemegang ijazah dan diploma.

Mengambil contoh jawatan konstabel, beliau berkata meskipun syarat kelulusan minimum akademik iaitu Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) diperlukan, namun ia turut dipohon oleh lepasan universiti.

“PDRM amat menyambut baik dan mengalu- alukan pelatih yang mempunyai kelulusan lebih tinggi untuk menganggot­ai pasukan polis. Ini terbukti pada majlis ini apabila seramai 30 orang daripada mereka berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda, Diploma seramai 99 orang dan 40 lagi pelatih memiliki Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM).

“Oleh itu, pihak PDRM menggalakk­an lebih ramai orang awam yang mempunyai kelulusan tinggi untuk menyertai polis memandangk­an silibus dalam Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) sentiasa dikaji dan dipertingk­atkan dari semasa ke semasa agar ianya kekal relevan sejajar dengan arus pembanguna­n negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis Perbarisan Tamat Latihan Progam Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel (Lelaki dan Wanita) Siri 05/2018 di Pusat Latihan Polis Air Hitam di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 358 pelatih terdiri daripada 272 lelaki dan 86 wanita berjaya menamatkan latihan asas selama enam bulan yang bermula sejak 21 Julai tahun lepas.

Pada majlis yang sama, Muhammad Zulhilmi Halim, 25, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelatih Terbaik dalam kategori Terbaik Akademik manakala G. Suganiya, 27, dipilih sebagai penerima Anugerah Pelatih Terbaik dalam kategori Terbaik Latihan Luar (Wanita). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEDIA: Mukhriz (depan, tiga kiri) bersiap sedia untuk melakukan kayuhan pada majlis Pra-Pelan caran Perlumbaan Basikal ‘Red Eagle Tour 2019’ di Dataran Bandar dekat Alor Setar, semalam. Turut sama Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah (depan, dua kiri) dan Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah Mohd Asmirul Anuar Aris (depan, kiri).
— Gambar Bernama BERSEDIA: Mukhriz (depan, tiga kiri) bersiap sedia untuk melakukan kayuhan pada majlis Pra-Pelan caran Perlumbaan Basikal ‘Red Eagle Tour 2019’ di Dataran Bandar dekat Alor Setar, semalam. Turut sama Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah (depan, dua kiri) dan Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah Mohd Asmirul Anuar Aris (depan, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia