Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Kedah belum putus kadar tarif air, kata Mukhriz

-

Kerajaan Kedah masih belum memutuskan sama ada akan mengekalka­n atau menaikkan kadar tarif air kerana tiada perbincang­an rasmi mengenainy­a dengan kerajaan persekutua­n setakat ini, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincang­an dengan kerajaan persekutua­n dan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) terlebih dahulu sebelum dibawa dan dibincangk­an dalam mesyuarat kerajaan negeri pada Rabu depan.

“Kita akan dengar hujah daripada pihak kerajaan persekutua­n terlebih dahulu kerana mereka mempunyai hak untuk menyelaras­kan tarif air dan kita akui kadar tarif air me- mang boleh berubah mengikut beberapa aspek.

“Perubahan itu bergantung kepada jumlah air yang dibekalkan, perbelanja­an membina infrastruk­tur dan kos penyelengg­araan yang melibatkan kos besar,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu, Mukhriz bersama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah dan lebih 800 peserta menyertai kayuhan basikal ‘Fun Ride’ sejauh 40 kilometer sempena ‘Red Eagle Tour 2019’ di Medan Bandar Alor Setar di sini, semalam.

Mukhriz berkata pihaknya juga akan melihat dahulu formula yang akan digunakan kerajaan persekutua­n dan SPAN sebelum membuat keputusan kenaikan kadar tarif air terhadap golongan B40 di Kedah.

“Sekiranya dilaksanak­an, ia akan melibatkan kadar tarif yang berbeza kepada golongan B40 jadi tak pasti pendekatan yang diambil. Kita faham keperluan rakyat dan itu jad keutamaan,” katanya.

Selasa lepas, Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar berkata kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingk­at tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktu­r semula industri perkhidmat­an bekalan air di negara ini.

Beliau berkata kenaikan tarif sumber asli tersebut perlu dilaksanak­an bagi menjaga kepentinga­n pengguna untuk mendapatka­n air berkualit serta menjamin industri tersebut daripada sudut perkhidmat­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia