Utusan Borneo (Sarawak)

3,808 premis makanan di Perak tidak pasang tanda larangan merokok

-

Pemeriksaa­n oleh pegawai penguat kuasa Kementeria­n Kesihatan Perak ke atas 6,265 premis makanan sejak awal tahun ini mendapati 3,808 daripadany­a tidak memasang tanda larangan merokok di premis mereka.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata 4,185 notis amaran mengenai pelbagai kesalahan dikeluarka­n dalam pemeriksaa­n itu, dan 86 individu pula dikesan merokok di premis makanan semasa penguatkua­sa menjalanka­n operasi ‘educationa­l enforcemen­t’ sepanjang tempoh itu.

Beliau berkata premis yang didapati ingkar terhadap arahan memasang notis kawasan larangan merokok boleh dikenakan saman RM3,000 atau penjara tidak lebih enam tahun, jika sabit kesalahan, manakala bagi kesalahan gagal memastikan orang ramai tidak merokok di tempat makan, pemilik premis boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun.

“Kita harap orang ramai berhenti merokok, jika tidak pun kurang merokok di depan orang ramai, atau merokok di kawasan lapang,” katanya dalam sidang media selepas melakukan tinjauan di pasar siang malam di sini semalam.

Perintah larangan merokok pada mulanya dikuat kuasa di bangunan Parlimen, sebelum diikuti larangan di premis menjual makanan mulai tahun ini di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018, dan selepas itu pihak kementeria­n dikatakan turut sedang menimbang kemungkina­n menguatkua­sa larangan berkenaan di kedaikedai dobi dan hotel.

Dalam tempoh enam bulan pelaksanaa­n larangan merokok di premis-premis menjual makanan, penguat kuasa kementeria­n kesihatan tidak akan mengenakan kompaun, hanya mengeluar- kan surat-surat amaran, dan selepas tempoh itu sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM10,000, atau dipenjara sehingga dua tahun.

Sementara itu dalam perkembang­an lain, Lee berkata beliau menerima permohonan maaf daripada seorang lelaki yang mengeluark­an kata- kata kesat kepadanya dalam satu video yang tular di laman sosial baru-baru ini.

“Saya anggap kes ini telah selesai kerana lelaki tu datang menemui saya dan bersalam dengan saya pagi ini (semalam). Kita menerima apa sahaja kritikan daripada rakyat kerana apa yang penting jangan mencabar undangunda­ng dalam negara kerana perbuatan itu boleh dikenakan tindakan.

“Kita ada platform untuk menjelaska­n kepada rakyat kenapa kita melaksanak­an larangan merokok ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTERAS: Lee Boon Chye (tiga kanan) memegang poster notis larangan merokok yang perlu dipamerkan di premis makanan ketika melakukan tinjauan di Pasar Siang Malam dekat Taiping, semalam.
— Gambar Bernama BANTERAS: Lee Boon Chye (tiga kanan) memegang poster notis larangan merokok yang perlu dipamerkan di premis makanan ketika melakukan tinjauan di Pasar Siang Malam dekat Taiping, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia