Utusan Borneo (Sarawak)

2,773 notis kesalahan dikeluarka­n berkaitan kesalahan merokok di Melaka

-

Sebanyak 2,773 notis kesalahan dikeluarka­n Jabatan Kesihatan negeri tahun lepas atas kesalahan merokok di kawasan larangan dan pelbagai kesalahan lain di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Low Chee Leong berkata bagi tahun ini pula, 470 notis amaran pendidikan mengenai larangan merokok di premis makan telah dikeluarka­n oleh Jabatan berkenaan sejak penguatkua­saan laranganny­a bermula.

Beliau berkata menerusi 820 pemeriksaa­n yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan negeri juga 428 notis amaran dikeluarka­n kepada pemilik dan pengusaha kedai makanan kerana gagal mempamerka­n papan tanda atau poster mengenai larangan itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan walkabout kempen ‘Bebas Rokok, Hidup Sihat’ anjuran Jabatan Kesihatan negeri dengan kerjasama Mamee Double Decker (M) Berhad dan Lagenda Football Club di Jonker Walk, di sini, semalam.

Perintah larangan merokok pada mulanya dikuat kuasa di bangunan parlimen, sebelum diikuti larangan di premis menjual makanan mulai tahun ini di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018, dan selepas itu Kementeria­n Kesihatan dikatakan turut sedang menimbang kemungkina­n menguatkua­sa larangan berkenaan di kedaikedai dobi dan hotel.

Dalam tempoh enam bulan pelaksanaa­n larangan merokok di premis-premis menjual makanan, penguat kuasa Kementeria­n Kesihatan tidak akan mengenakan kompaun, hanya mengeluark­an surat-surat amaran, dan selepas tempoh itu sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara sehingga dua tahun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AGIH: Low (tengah) mengagihka­n apron kepada seorang pe niaga sempena Kempen ‘Bebas Rokok, Hidup Sihat’ di Jonke Walk, dekat Melaka, semalam. Turut kelihatan, Pengarah Urusan Mamee Double Decker (M) Berhad, Datuk Gary Choo Kok Sen (kanan).
— Gambar Bernama AGIH: Low (tengah) mengagihka­n apron kepada seorang pe niaga sempena Kempen ‘Bebas Rokok, Hidup Sihat’ di Jonke Walk, dekat Melaka, semalam. Turut kelihatan, Pengarah Urusan Mamee Double Decker (M) Berhad, Datuk Gary Choo Kok Sen (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia