Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba Sabah digesa siap sedia hadapi musim panas: Shafie

Tingkat kerjasama dengan Jabatan Air dan majlis daerah pastikan bekalan air cukup, tekanan dalam keadaan baik

-

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah meningkatk­an kesiapsiag­aan bagi menghadapi sebarang kebarangka­lian berlaku kebakaran pada musim panas dan kurang hujan yang melanda negeri ketika ini.

Beliau berkata kesiapsiag­aan itu termasuk bekerjasam­a dengan Jabatan Air Sabah dan majlis daerah bagi memastikan bekalan air di sesuatu kawasan mencukupi dan tekanan air dalam keadaan baik.

Menurutnya, langkah tersebut penting bagi membolehka­n operasi memadam api di lokasi kebakaran dapat dilakukan dengan pantas tanpa timbul sebarang masalah kekurangan air atau tekanan air rendah.

“Agensi (bomba) kena peka supaya persediaan cukup kerana dalam keadaan cuaca tidak me- nentu dan musim panas ini kesiapsiag­aan itu adalah perlu. Kadang-kadang di sesebuah kawasan air tidak cukup tekanan, apabila dalam keadaan itu, bomba perlu kenal pasti pam air mereka mencukupi atau tidak.

“Jika air tidak mencukupi, mereka perlu menghubung­i jabatan air terdekat untuk mendapatka­n bantuan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meluangkan masa melawat lokasi kejadian kebakaran Kampung Pasir Putih, Putatan dan menziarahi mangsa di Dewan Serbaguna Putatan, dekat sini, semalam.

Turuthadir­PembantuMe­nteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Uda Sulai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas.

Mohd Shafie berkata satu sistem efisien perlu diwujudkan bagi mencegah kebakaran daripada cepat merebak terutama di kawasan kurang bekalan air atau tekanan air rendah termasuk menyediaka­n lori tangki serta pam menyedut air laut untuk operasi memadam kebakaran di kawasan kampung atas air.

JBPM Sabah juga perlu memberi penerangan dan pendidikan kepada penduduk setempat mengenai keselamata­n pendawaian selain ciri-ciri keselamata­n diluluskan bomba dalam pembinaan rumah, katanya.

Mengenai kebajikan mangsa kebakaran, Mohd Shafie berkata kerajaan negeri akan merancang dengan teliti pendekatan terbaik membantu mangsa terutama berkaitan tempat tinggal berikutan pusat pemindahan sementara itu tidak boleh diduduki sehingga enam bulan.

“Kerajaan negeri akan memikirkan bagaimana mengatasi masalah masyarakat kampung ini. Namun, kita akan memastikan bantuan lain termasuk makanan dan perubatan akan dijaga dengan baik,” katanya.

Sebanyak 55 rumah setinggan di kampung itu musnah dalam kejadian kebakaran kira-kira 12.30 tengah hari kelmarin dan api sukar dikawal berikutan tekanan air pili bomba rendah serta rumah yang dibina terlalu rapat.

Seramai 315 penghuni daripada 74 keluarga terlibat dalam kebakaran itu dengan keseluruha­n keluasan kawasan kebakaran kira-kira empat hektar — Bernama

 ??  ?? SOKONGAN PADU: Jimmy menerima jemputan rasmi Festival Tarian Singa, Naga dan Unicorn Tahun Baharu Cina dan Pameran Kampung Budaya pada 19 Januari. Turut kelihatan Susan (lima kiri).
SOKONGAN PADU: Jimmy menerima jemputan rasmi Festival Tarian Singa, Naga dan Unicorn Tahun Baharu Cina dan Pameran Kampung Budaya pada 19 Januari. Turut kelihatan Susan (lima kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia