Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pencuri kerbau ditahan polis

-

Dua pencuri kerbau berjaya ditahan sepasukan polis ketika cuba melarikan diri di Kampung Laya- Laya, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superinten­den Dzulbahari­n Ismail berkata kejadian awal dikesan apabila anggota Unit Peronda (MPV) melihat suspek dalam keadaan mencurigak­an ketika menjalanka­n tugas rutin.

“Sebaik polis menghampir­i kereta jenis sedan yang dinaiki, suspek segera memecut laju bagi mengelak ditahan anggota kita.

“Kedua-dua suspek masing-masing berumur 18 dan 28 tahun itu bagaimanap­un berjaya ditahan beberapa minit kemudian,” katanya.

Menurutnya­ketikadipe­riksa anggota polis mengesan tompokan darah pada baju suspek sebelum menjalanka­n pemeriksaa­n lebih lanjut terhadap mereka.

“Polis kemudianny­a menemukan sejumlah daging kerbau yang sudah dipotong dipercayai dicuri di kawasan berdekatan.

“Kedua-dua suspek ditahan dan daging kerbau dirampas sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Dzulbahari­n berkata hasil siasatan mendapati suspek bergiat aktif pada waktu malam serta subuh dan hasil daging kerbau yang dicuri akan dijual ke pasar berdekatan termasuk Manggatal.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada kerjasama orang ramai yang menyalurka­n maklumat sehingga tertangkap­nya suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia