Utusan Borneo (Sarawak)

PPM Sabah iktiraf peranan media arus perdana

-

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah mengiktira­f peranan media arus perdana dalam membantu meuar-uarkan usaha menangani isu jenayah rentas sempadan di negeri ini sehingga ke peringkat antarabang­sa.

Komander PPM Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata pihaknya berterima kasih dengan peranan aktif media sehingga dapat berkongsi kisah kejayaan PPM sekali gus menimbulka­n tanggapan positif daripada pihak luar.

“Inilah kerja kita yang perlu sentiasa bersiap siaga dalam menangani sebarang isu berkaitan jenayah rentas sempadan,” katanya, sambil berharap kerjasama baik kedua-dua pihak dapat diteruskan dari masa ke masa.

Pajeri berkata demikian pada sidang media selepas berucap merasmikan majlis perhimpuna­n bulanan PPM Wilayah 4 Sabah yang pertama untuk tahun ini di Markas Operasi PPM Semporna pada Jumaat.

Sempena majlis itu, seramai 10 petugas media termasuk wartawan Utusan Borneo Tawau dan The Borneo Post Lahad Datu menerima sijil penghargaa­n daripada PPM Sabah sebagai tanda menghargai peranan mereka selama ini.

Pada perhimpuna­n terbabit, Pajeri turut menyempurn­akan pemakaian pangkat Pegawai Rendah Polis melibatkan 27 anggota dari seluruh Sabah merangkumi Zon PPM Kota Kinabalu, PPM Tawau, PPM Kudat, PPM Semporna, PPM Lahad Datu dan PPM Sandakan selain PPM Labuan.

Mereka terdiri daripada seorang Sjn Mej (SM) yang dinaikkan pangkat ke Sub Insp (SI), lapan Sarjan ke SM, 10 Koperal ke Sarjan dan lapan Lans Koperal ke Koperal manakala 55 anggota lagi disahkan pangkat selepas diberikan pangkat pemangkuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia