Utusan Borneo (Sarawak)

Syukur Khamis bangga gambar kerbau milik ayahnya dapat perhatian mufti

-

“SAYA bangga dan seronok bila gambar saya bersama ‘Awang’, ‘Semek’, ‘Baba’ dan ‘Tongkol’ tular di media sosial sebab ia telah mengharumk­an nama keluarga, kampung dan sekolah,” kata Muhammad Syukur Khamis, 14, merujuk kepada empat daripada kerbau peliharaan ayahnya.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin itu popular dalam kalangan jurugambar sejak 2015 kerana kebolehann­ya berinterak­si dengan lebih 100 kerbau peliharaan bapanya, Khamis Jusoh, 63, di Kampung Kubang Bujuk, kira-kira 13 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.

Anak bongsu daripada lapan beradik itu berkata kehidupan seharian beliau dipenuhi aktiviti bersama haiwan peliharaan bapanya iaitu kerbau, kambing, lembu, angsa dan ayam kampung berbanding bermain gajet seperti rakan sebaya yang lain.

“Sejak tadika saya dah ikut ayah bermain kerbau. Saya boleh baring dan duduk dengan kerbau ini berjam-jam lamanya tanpa rasa bosan kerana saya rasa tenang.

“Alhamdulil­lah, setakat ini saya tak pernah lagi mengalami sebarang kecederaan ketika bermain dengan ‘ Awang’, ‘Semek’, ‘Baba’, ‘Adik’ dan ‘Tokol’ (nama gelaran kerbau) kerana kami saling menyayangi, bergurau dan bermanja,” katanya ketika ditemui pemberita di kandang kerbau milik ayahnya di Kuala Terengganu, kelmarin.

Gambar Syukur bersama sekawan kerbau itu menjadi tular di media sosial setelah menjadi juara peringkat Asia selain turut tersenarai 20 gambar terbaik dunia.

Malah, Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut melahirkan kekagumann­ya dengan kejayaan itu dan menyifatka­n hubungan Syukur dengan kerbau itu hasil perasaan halus masing-masing yang dijelmakan dengan perbuatan kebersamaa­n seolah-olah zahir sebuah rahmah antara manusiawi dan haiyawani.

Facebook rasmi ‘ Syukor Khamis-Kampong Boy’ yang diwujudkan beberapa tahun lalu hanya memiliki lebih 2,000 ‘likers’ namun sejak gambar Syukur menjadi tular sejak Khamis, jumlah ‘likers’ akaun itu terus mendadak naik kepada 7,564 orang (setakat 11.45 pagi).

Khamis berkata sejak 2015 lebih 100 jurugambar dari dalam dan luar negara datang ke kediamanny­a untuk merakam gambar Syukur dan ‘kawan-kawannya.’

Sementara itu, ibu bapa Syukur, Khamis Jusoh, 63 dan Azizah Mamat, 58, menyifatka­n gambar yang tular itu sebagai rezeki buat anak bongsu mereka yang menjad popular sekelip mata.

“Sebenarnya, semua anak kami memang boleh berinterak­si dengan kerbau, malah anak sulung yang kini berusia 30 tahun lebih hebat kemahirann­ya dalam menjinakka­n kerbau, cuma masa itu tidak pernah tular seperti Syukur.

“Syukur ini anugerah Allah kerana bukan kerbau sahaja yang berkawan dengan dia malah kambing, lembu, angsa dan ayam kampung pun adalah teman sepermaina­n Syukur sejak dia berumur enam tahun sebab dia rajin ikut saya menggembal­a kerbau,” katanya yang mempunya lebih 100 kerbau, empat lembu dewasa dan 20 kambing.

Khamis berkata beliau kini sedang mempersiap­kan anak-anaknya termasuk Syukur dan kakaknya Norain Solehah untuk mewaris perniagaan­ya itu memandangk­an mereka dilihat berminat meneruskan tradisi yang diwarisi daripada dua generas terdahulu.

“Syukur sendiri pun dilihat berminat nak mewarisi apa yang sedang saya usahakan ini... malah kakaknya Ain kini sedang menuntut bidang berkaitan iaitu Ijazah Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan, di Universit Sultan Zainal Abidin, jad saya tidak risau, perniagaan saya dah ada pewarisnya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERMAIN: Kehidupan seharian anak bongsu daripada lapan beradik itu dipenuhi aktiviti bersama haiwan peliharaan bapanya iaitu kerbau, kambing, lembu, angsa dan ayam kampung berbanding bermain gajet seperti rakan sebaya yang lain.
— Gambar Bernama BERMAIN: Kehidupan seharian anak bongsu daripada lapan beradik itu dipenuhi aktiviti bersama haiwan peliharaan bapanya iaitu kerbau, kambing, lembu, angsa dan ayam kampung berbanding bermain gajet seperti rakan sebaya yang lain.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia