Utusan Borneo (Sarawak)

MUAMER IKRAR SENTUHAN TERBAIK

Pemain import itu tekad bantu Sarawak capai kejayaan pada kempen Liga Premier 2019

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Penyerang import Sarawak, Muamer Salibasic berikrar akan memberikan persembaha­n terbaik untuk membantu Sarawak mencapai kejayaan pada kempen Liga Premier musim ini.

Ditemui pada sesi latihan di Padang C, Petra Jaya di sini semalam, penyerang berusia 34 tahun kelahiran Bosnia Herzegovin­a itu menjadikan misi membawa Sarawak kembali ke saingan Liga Super sebagai ‘KPI’ utamanya.

Muamer merakamkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan Presidenny­a, Datuk Posa Majais kerana memberi peluang kepada beliau untuk kembali menyertai pasukan Sarawak musim ini.

“Sudah tentu saya mahu membalas kepercayaa­n itu dengan membawa kejayaan kepada pasukan Sarawak pada kempen Liga Premier musim ini,” katanya.

Bagaimanap­un, yang paling penting beliau mahu membantu mengembali­kan

Sudah tentu saya mahu membalas kepercayaa­n itu dengan membawa kejayaan kepada pasukan Sarawak pada

” kempen Liga Premier musim ini.

Muamer Salibasic Penyerang import Sarawak

Sarawak ke kancah Liga Super musim depan dan itu cabaran utamanya musim ini.

Ditanya peluang Sarawak untuk mengulangi kejayaan menjuarai Liga Premier tahun ini, Muamer memberitah­u ia bukan tugas mudah kerana pasukan-pasukan lain tidak kurang hebatnya.

“Kita perlu realistik kerana pasukan Sarawak musim ini baharu dibentuk namun saya bersama rakan-rakan sepasukan akan cuba memberikan yang terbaik,” katanya.

Beliau juga percaya gandingann­ya dengan penyerang dari Sabah, Bobby Gonzales masih serasi dan mampu menjadi ‘mesin gol’ digeruni pihak lawan seperti dilakarkan pada 2013.

Kepada peminat Ngap Sayot, Muamer mengharap- kan mereka terus berada di belakang pasukan Sarawak walau apa juga keadaan.

Katanya, pasukan Sarawak musim ini masih baharu dan memerlukan sokongan padu daripada penyokongp­enyokong setia bagi mengharung­i kempen liga yang amat sengit nanti.

Muamer dan Bobby menjadi watak penting membantu Sarawak menjuarai Liga Premier 2013 dengan rekod bersih tanpa sebarang kekalahan.

Gandingann­ya dengan Bobby ketika itu membentuk ‘sinergi’ mantap dan cukup digeruni pertahanan lawan ketika mereka melakukan serangan.

Muamer menjaringk­an 25 gol sepanjang menyertai Sarawak dari 2013 hingga 2014.

 ??  ??
 ??  ?? SEDIA MENGGEMPUR: Muamer (kiri) dikawal ketat Ronald Hikspoors pada aksi persahabat­an di Padang C, Petra Jaya Kuching semalam.
SEDIA MENGGEMPUR: Muamer (kiri) dikawal ketat Ronald Hikspoors pada aksi persahabat­an di Padang C, Petra Jaya Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia