Utusan Borneo (Sarawak)

ATA galak pelanconga­n

Sarawak sokong sepenuhnya penganjura­n Anugerah Televisyen Asia Ke-23 buat julung kalinya di negeri ini

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Sarawak menyokong sepenuhnya penganjura­n Anugerah Televisyen Asia (ATA) Ke-23 buat julung kalinya di negeri ini.

Menteri Pelanconga­n, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia mampu menggalakk­an industri pelanconga­n tempatan yang dilihat mempunyai potensi besar.

Tambahnya, industri pelanconga­n termasuk dalam insiatif transforma­si digital yang dipelopori Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Kemeriahan acara itu sendiri menunjukka­n Kerajaan Sarawak sebagai tuan rumah yang terbaik untuk bintangbin­tang hiburan kelas dunia di seluruh Asia.

“Malah penganjura­n ATA di negeri ini adalah selari dengan pelancaran Kempen Melawat Sarawak 2019,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala ATA Ke-23 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam Jumaat lalu.

Beliau menambah, Kempen Melawat Sarawak itu juga adalah sebagai usaha kerajaan negeri mempelbaga­ikan ekonomi dan mendorong industri pelanconga­n ke arah transforma­si digital.

“Bagi kita di Sarawak, kita mempunyai harapan

“Kemeriahan acara itu sendiri menunjukka­n Kerajaan Sarawak sebagai tuan rumah yang terbaik untuk bintangbin­tang hiburan kelas dunia di seluruh ” Asia.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan

besar dan rancangan yang hebat untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri ini.

”Setakat bulan November tahun lalu, kita menerima 4.3 juta pelancong dari seluruh dunia dan kami yakin jumlah ini dapat ditingkatk­an dengan rangkaian yang baik terutama melalui penganjura­n khas dengan negara lain.

“Salah satunya adalah menerusi penganjura­n majlis ATA ini sebagai langkah awal untuk memperkena­lkan keunikan Sarawak di mata dunia,” jelasnya.

Abdul Karim dalam pada itu menggesa penggiat industri seni tempatan untuk melihat pembinaan identiti dan mengumpul cerita dalam konteks Asia Tenggara.

“Dengan cara ini, saya berpendapa­t ATA akan sentiasa relevan sebagai platform terbaik untuk mencungkil bakat dari Asia.

“Di peringkat global pula, permintaan terhadap kandungan berkualiti dan naratif universal Asia semakin meningkat daripada sebelumnya berikutan revolusi digital dan penembusan Internet,” ujar beliau.

Sementara itu, Pengerusi ATA Lee Keen Whye berkata, pihaknya sangat menghargai sokongan yang diberikan Kerajaan Sarawak terhadap penganjura­n ATA Ke-23.

“Kita berharap agar kerjasama seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa depan,” ujarnya sambil memuji keindahan persekitar­an di bandar raya Kuching yang disifatkan­nya sebagai harmoni.

Majlis turut menyaksika­n sebanyak 28 daripada 42 kategori anugerah yang dipertandi­ngkan diumumkan malam kelmarin dan pemenang dipilih oleh panel pakar yang terdiri daripada 50 juri terbaik di rantau Asia.

Kira-kira lebih 50 selebriti tersohor dari negara-negara Asia termasuk Cheng Rexen, Maneerat Kum- Uan, Hu Gua, Ah Xiang, Louis Scott dan banyak lagi menghadiri Majlis Makan Malam Gala ATA Ke-23 ini.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian Belia dan Sukan Hii Chang Kee, Pengarah Program Koh Jik Seng, Penasihat Program Sim Kiang Chiok serta tetamu kenamaan lain.

 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Abdul Karim serta isterinya, Datin Zuraini Abdul Jabbar bersama Hii, Lee (empat kiri), Sim dan tetamu lain merakam kenangan pada majlis Makan Malam Gala ATA Ke-23 di BCCK malam Jumaat lalu.
KENANGAN: Abdul Karim serta isterinya, Datin Zuraini Abdul Jabbar bersama Hii, Lee (empat kiri), Sim dan tetamu lain merakam kenangan pada majlis Makan Malam Gala ATA Ke-23 di BCCK malam Jumaat lalu.
 ??  ?? GLAMOR: Barisan selebiriti dan tetamu lain yang menghadiri Majlis Makan Malam Gala ATA Ke-23 di Kuching malam kelmarin.
GLAMOR: Barisan selebiriti dan tetamu lain yang menghadiri Majlis Makan Malam Gala ATA Ke-23 di Kuching malam kelmarin.
 ??  ?? AMANAT: Abdul Karim menyampaik­an ucapan pada Majlis Makan Malam Gala ATA Ke-23 di Kuching malam kelmarin
AMANAT: Abdul Karim menyampaik­an ucapan pada Majlis Makan Malam Gala ATA Ke-23 di Kuching malam kelmarin
 ??  ?? TIBA: Abdul Karim diiringi Hii (kiri) dan Lee (dua kanan) sebaik tiba bagi menghadiri Majlis Makan Malam Gala ATA Ke-23 di BCCK malam Jumaat lalu.
TIBA: Abdul Karim diiringi Hii (kiri) dan Lee (dua kanan) sebaik tiba bagi menghadiri Majlis Makan Malam Gala ATA Ke-23 di BCCK malam Jumaat lalu.
 ??  ?? PEMENANG: Antara calon yang memenangi anugerah sempena ATA Ke-23 pada Majlis Makan Malam Gala ATA itu di Kuching malam kelmarin.
PEMENANG: Antara calon yang memenangi anugerah sempena ATA Ke-23 pada Majlis Makan Malam Gala ATA itu di Kuching malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia