Utusan Borneo (Sarawak)

Bintang Hollywood berkilauan di permaidani merah Golden Globes

- Oleh Katie Schubauer

SETAHUN lalu, permaidani merah Golden Globes adalah hitam sama sekali apabila pelakon-pelakon senarai A di Hollywood menarik perhatian kepada masalah gangguan seksual dalam industri hiburan dan industri lain.

Pada Ahad minggu lepas, mesej itu masih ada tetapi pilihan pakaian jauh lebih pelbagai.

Di sini adalah satu tinjauan ke atas beberapa trend dari anugerah Globes, acara anugerah dunia hiburan pertama bagi 2019:

- Letusan warna -

Setiap warna pelangi dipamerkan di Beverly Hilton, daripada kuning yang dipakai oleh pemenang Rachel Brosnahan (‘The Marvelous Mrs Maisel’) dan calon Claire Foy (‘First Man’) hingga kepada gaun biru-hijau terang yang dipakai pengacara Allison Janney.

Lady Gaga – pemenang lagu asal terbaik untuk lagu hitnya ‘Shallow’ dari ‘A Star Is Born’ – menakjubka­n dengan gaun ‘periwinkle Valentino’ tanpa tali dengan lengan berkepul penuh dan deretan baju yang panjang. Malah rambutnya berwarna biru yang dipadankan dengan sanggul.

‘Choker’ berlian gergasi melengkapk­an penampilan­nya – seakanakan mengimbau stail Judy Garland dalam ‘Star’ versi 1954.

Melissa McCarthy, calon dalam kategori aktres drama terbaik untuk ‘Can You Ever Forgive Me?’ bersinar dalam warna ungu gelap dengan loghat bintang perak, manakala pemenang Regina King (‘If Beale Street Could Talk’) berkilauan dalam gaun kolum merah jambu tanpa tali yang berkilau-kilau.

Nicole Kidman, sentiasa selebriti kesayangan di atas permaidani merah, memakai gaun Michael Kors yang ketat, mencecah lantai dengan lengan panjang dalam warna burgundi gelap. Namun ciri terbaik adalah beg tangan berbentuk bola disko.

- Kaum lelaki juga menggegark­an pelangi -

Tuksedo hitam asas ternyata tidak ada di permaidani Globes, dan bintang-bintang Tinseltown memakai jaket dalam pelangi berwarna-warni.

Bintang British Idris Elba hebat sekali memakai jaket, weskot dan kasut hijau zamrud, manakala calon Darren Criss (‘The Assassinat­ion of Gianni Versace: American Crime Story’) memilih corak bunga hitam dan putih.

Pengarah/pelakon ‘Star’ Bradley beretnya.

Pemenang Mahershala Ali (‘Green Book’) menggandin­gkan skarf corak abstrak biru dengan tuksedonya.

- Time’s Up, tahun ke-2 -

Ia sudah setahun sejak pergerakan Time’s Up untuk memerangi gangguan seksual di tempat kerja dilancarka­n. Selepas kenyataan semua hitam pada tahun lepas, segalanya adalah mengenai gelang pada tahun ini.

Gelang hitam dan putih ‘Time’s Up X 2’ kelihatan pada semua orang daripada King hingga kepada Elba.

Bintang lain memakai pin, atau membawa reben dengan mesej yang diikat pada beg tangan mereka, seperti pemenang Olivia Colman (‘The Favourite’).

- Hollywood Lama -

Pengacara Globes, Sandra Oh, yang memenangi anugerah untuk lakonannya yang cemerlang dalam filem aksi keluaran TV BBC America ‘Killing Eve’, mendandan rambutnya menjadi gelombang jari ala Veronica Lake dan memakai gaun Versace yang hangat untuk permaidani merah – yang menyerlahk­an glamor Hollywood lama.

Amy Adams – calon lakonan berganda untuk lakonannya dalam biopik ‘Vice’ sebagai isteri bekas naib presiden Dick Cheney dan dalam drama gelap HBO ‘Sharp Objects’ – memukau dengan gaun Calvin Klein tidak berbahu warna hijau kebiru-biruan yang sederhana, dengan rambut merahnya yang turut disikat ke tepi menjadi gelungan lembut. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? KACAK: Idris Elba dan tunangnya, model Sabrina Dhowre. Beg tangan Olivia Colman. TERSENDIRI: Spike Lee & keluarga. MAHERSHALA ALI NICOLE KIDMAN & KEITH URBAN Cooper memilih jaket makan malam putih yang klasik, dan pengarah yang dicalonkan, Spike Lee, menggegark­an dengan ungu dari kepala ke kaki, termasuk topi LADY GAGA
— Gambar AFP — Gambar AFP KACAK: Idris Elba dan tunangnya, model Sabrina Dhowre. Beg tangan Olivia Colman. TERSENDIRI: Spike Lee & keluarga. MAHERSHALA ALI NICOLE KIDMAN & KEITH URBAN Cooper memilih jaket makan malam putih yang klasik, dan pengarah yang dicalonkan, Spike Lee, menggegark­an dengan ungu dari kepala ke kaki, termasuk topi LADY GAGA
 ??  ?? RACHEL BROSNAHAN
RACHEL BROSNAHAN
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MELISSA MCCARTHY & SUAMI
MELISSA MCCARTHY & SUAMI
 ??  ?? CLAIRE FOY
CLAIRE FOY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia