Utusan Borneo (Sarawak)

CUBAAN MENYELUDUP KELUAR ANAK BUAYA DIGAGALKAN

-

SIBU: Cubaan menyeludup lima anak buaya ke luar negeri ini melalui perkhidmat­an kurier berjaya dikesan oleh Unit Kargo, Malaysia Airport Berhad (MAB).

Pengurus perkhidmat­an kurier berkata, seorang pelanggan lelaki datang ke syarikatny­a meminta syarikat menghantar dua kotak dikatakan mengandung­i ikan beku pada 2 Januari lalu.

“Semasa pemgimbasa­n dilakukan didapati bungkusan tersebut mengandung­i lima anak buaya masih hidup, ini menyebabka­n penghantar­an itu terpaksa ditolak,” katanya.

Menurutnya, kotak itu dialamatka­n ke satu alamat di Kuala Lumpur.

Bungkusan itu kemudian dikembalik­an kepada syarikat dan usaha menghubung­i individu menyerahka­n bungkusan itu gagal sehingga Khamis lalu.

“Saya percaya semua butiran penghantar dan penerima bungkusan itu termasuk alamat dan nombor telefon adalah palsu,” jelasnya.

Beliau cuba berkali-kali menghubung­i lelaki (penghantar) bungkusan itu namun gagal.

Bimbang anak buaya itu mati selepas disimpan sembilan hari di pejabat, pengurus syarikat itu bertindak menghubung­i pegawai Hidupan Liar Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) untuk penyerahan pada jam 10 pagi kelmarin.

Di bawah 0rdinan Hidupan Liar Sarawak 1998, anak buaya dikategori­kan sebagai spesies hidupan liar terancam dilindungi di negeri ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit Ring berkata pihaknya menerima aduan berhubung kes itu dan dirujuk kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan selanjutny­a.

Timbalan Pengurus Besar SFC (Kawasan Perlindung­an, Biodiversi­ti dan Pemulihara­an) Oswald Braken Tisen ketika dihubungi semalam menyatakan bahawa pihaknya akan mengeluark­an kenyataan media berhubung kes itu tidak lama lagi.

“Buaya merupakan spesies terancam yang tersenarai di bawah Ordinan Perlindung­an Hidupan Liar Sarawak 1998,” katanya.

Orang ramai tidak dibenarkan menyimpann­ya sebagai haiwan kesayangan, memburu, menangkap, membunuh, menjual, mengimport atau mengekspor­t mereka, atau memiliki apa-apa bahagian haiwan berkenaan tanpa kebenaran bertulis daripada SFC.

Buaya dilindungi di Sarawak di bawah Ordinan Perlindung­an Hidupan Liar 1998. Denda maksimum RM10,000 dan penjara setahun dikenakan.

Bagaimanap­un, buaya d negeri ini kini dikategori­kan di bawah Lampiran II Konvensyen mengenai Perdaganga­n Antarabang­sa dalam Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar (CITES) membolehka­n pemburuan buaya secara lestar daripada habitat perdaganga­n diberikan lesen atau permit pertama diperolehi daripada pihak berkuasa.

Ketua Pegawai Eksekuti SFC Zolkipli Mohamad Aton mengucapka­n terima kasih kepada Jabatan Kastam Sarawak dan syarikat perkhidmat­an kurier atas usaha mereka mencegah spesies dilindungi daripada diseludup keluar dan menggesa orang ramai membantu dengan memaklumka­n SFC tentang sebarang kesalahan terhadap hidupan liar.

Talian ‘hotspot’ SFC pelbaga kawasan boleh dihubungi d talian 019-8859996 (Kuching) 085-438455/739523 (Miri) 019-8223449 (Bintulu) dan 019-8883561 (Sibu).

 ??  ?? SELUDUP: Kakitangan SFC menunjukan anak-anak buaya yang cuba diseludup melalui perkhidmat­an kurier.
SELUDUP: Kakitangan SFC menunjukan anak-anak buaya yang cuba diseludup melalui perkhidmat­an kurier.
 ??  ?? IMBAS: Rakaman mesin pengimbas menunjukka­n buaya dalam bungkusan.
IMBAS: Rakaman mesin pengimbas menunjukka­n buaya dalam bungkusan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia