Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK MAMPU BERI SAINGAN SENGIT

25 pemain sedia galas tanggungja­wab untuk cabaran Piala Presiden 2019 selepas lepasi ujian pemilihan

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Seramai 25 pemain bersedia menggalas tanggungja­wab untuk cabaran Piala Presiden 2019 selepas melepasi ujian pemilihan pemain sejak 7 Januari lalu.

Pemilihan pemain telah dilakukan secara berperingk­at selama empat hari di Stadium Miri.

Ia dilaksanak­an menerusi kepakaran dan pengalaman Ketua Jurulatih Abdul Jalil Ramli yang dibantu Pengiran Bala dan Abu Bakar Amran selaku penolong jurulatih.

Antara pemain yang terpilih termasuk Dickson Therry Rampai, Ericson Lichu, Qaaiman Rizqi Jofri, Abang Nur Afirman, Rivaldo Adrill, Haziq Rahim dan Tengku Muhamad Hallfi.

Pemain lain yang terpilih ialah Sulaiman Jamali, Awang Shahriman Awang Ahmad, Azafarizal Harun, Chong Ka Hui, Amir Amri Salleh, Zharif Yazin Nasruddin dan Hamirul Haidi Haida.

Turut dipilih Diego Baggio Test, Henry Amir Simon, Hidayathul­lah Hasli, Mohd Ikhsan Johari, Mohd Ikmarruddi­n Jais, Muaazami Isyraf

Kita yakin dengan kepakaran dan pengalaman Abdul Jalil Ramli dan barisan jurulatih yang lain, pemain kita mampu memberi saingan sengit seterusnya

kejutan.” mencipta

Nazri Datuk Ahmad Lai

Pengurus Pasukan Piala Presiden Sarawak

Rosman dan Richman Jack Damsey.

Selain itu Rachman Jack Damsey, Mattew Sallas Ngerantar, Wan Badzreen Wan Yusuf dan Amirrul Iqmal Bolhi.

Pengurus Pasukan Piala Presiden Sarawak Nazri Datuk Ahmad Lai berkata, Piala Presiden peringkat kumpulan dijangka bermula 21 Februari hingga 15 Julai.

Manakala suku akhir akan berlangsun­g pada 22 Julai hingga 31 Julai sementara separuh akhir akan berlang- sung pada 6 Ogos hingga 12 Ogos.

Perlawanan akhir pula dijadualka­n berlangsun­g dari 7 September hingga 14 Septem- ber dengan menyaksika­n dua perlawanan timbal balik.

Nazri percaya kesemua 25 pemain yang berjaya melepasi peringkat pemilihan itu adalah pemain terbaik yang mampu menyumbang kepada Sarawak.

“Kita yakin dengan kepakaran dan pengalaman Abdul Jalil Ramli dan barisan jurulatih yang lain, pemain kita mampu memberi saingan sengit seterusnya mencipta kejutan,” ujarnya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? GALAS TANGGUNGJA­WAB: Barisan jurulatih Piala Presiden Sarawak 2019 bergambar bersama pemain yang berjaya menyarung jersi skuad itu musim ini.
GALAS TANGGUNGJA­WAB: Barisan jurulatih Piala Presiden Sarawak 2019 bergambar bersama pemain yang berjaya menyarung jersi skuad itu musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia