Utusan Borneo (Sarawak)

WARGA EMAS HILANG DITEMUI SELAMAT

-

SIBU: Seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang selepas keluar mencari hasil hutan di Nanga Dap, Kanowit sejak Jumaat lepas ditemui selamat pagi semalam.

Jampong Jawi, 70-an, ditemui dalam keadaan lemah di kawasan hutan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang disertai pasukan bomba, polis dan penduduk rumah panjang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit Arrahman Chik berkata, mangsa berjaya ditemui pada jam 11.08 pagi oleh pasukan SAR.

Menurutnya, mangsa keluar seorang diri untuk mencari hasil hutan pada Jumaat lepas, namun tidak pulang ke rumah menyebabka­n ahli keluargany­a bimbang.

“Pasukan bomba menerima panggilan mengenai kehilangan mangsa pada jam 7.30 pagi tadi dan sepasukan pegawai bersama anggota dari BBP Kanowit dihantar ke lokasi untuk operasi SAR.

“Mangsa ditemui dalam keadaan lemah, namun tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Kanowit,” ujarnya.

 ??  ?? SELAMAT: Pasukan SAR berusaha membawa mangsa keluar dari kawasan hutan.
SELAMAT: Pasukan SAR berusaha membawa mangsa keluar dari kawasan hutan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia