Utusan Borneo (Sarawak)

M. Night Shyamalan gabungkan jalan cerita lalu dalam filem baharu ‘Glass’

-

PENGARAH yang terkenal dengan penamat filem yang tidak dijangkaka­n, M. Night Shyamalan membawa sajiannya yang terkini ke London pada Rabu lepas, iaitu filem aksi buku komik ‘Glass’ – satu cerita yang menggabung­kan dua filem lamanya.

Dibintangi Bruce Willis, Samuel L. Jackson dan James McAvoy, ‘Glass’ mengadunka­n jalan cerita daripada filem Shyamalan ‘Unbreakabl­e’, yang dikeluarka­n pada 2000, dengan ‘Split’ terbitan 2016.

“Ia rasa banyak merenung .. bahawa watak-watak ini … berada dalam satu filem,” kata Shyamalan, yang juga terkenal kerana ‘The Sixth Sense’ dan ‘Signs’, di tayangan perdana filem berkenaan di London.

“Ia hampir seperti saya tidak mahu membuatnya selama 15 tahun dan kemudian mula membuka minda saya untuk

‘hei, anda tahu, mari kembali kepada watakwatak tersebut dan menyelesai­kan cerita-cerita tersebut’.”

Willis dan Jackson, yang sama-sama membintang­i ‘Unbreakabl­e’ – tentang seorang mangsa nahas kereta api yang terselamat dan mendapati dia memiliki adikuasa baharu – disertai di tayangan berkenaan oleh McAvoy, yang berlakon sebagai Kevin Wendell Crumb, seorang lelaki dengan pelbagai identiti, dalam ‘Split’.

Dalam filem baharu ini, Willis membawa semula wataknya sebagai pengawal keselamata­n David Dunn yang memburu salah satu personalit­i Crumb yang menakutkan.

Jackson pula kembali sebagai Elijah Price yang rapuh, juga dikenali sebagai Mr Glass.

“Saya selalu fikir bahawa Elijah adalah urusan yang belum selesai,” kata Jackson. “Night berjanji bahawa ia adalah sebahagian daripada satu trilogi … jadi, ini adalah penutupan.”

McAvoy melakonkan semula wataknya selain pelbagai personalit­i wataknya.

“Saya amat suka sekali berlakon, jadi peluang untuk lebih banyak berlakon bukanlah perkara yang buruk,” kata pelakon dari Scotland itu.

“Membawa satu watak dalam sebuah filem boleh jadi rumit. Kita perlu membuat banyak persiapan, melakukann­ya 20 kali … ia umpama belajar secara intensif untuk peperiksaa­n yang kita lupa akan tiba.”

‘Glass’ turut dibintangi Anya Taylor-Joy, yang membawa watak Casey yang diculik bersama dua rakan sekelas oleh Crumb dalam ‘Split’, selain aktres ‘American Horror Story’ Sarah Paulson, yang berlakon sebagai seorang pakar psikiatri yang merawat tiga watak utama.

“Saya tidak membaca skripnya sebelum saya kata ‘ya’ kerana saya begitu terdesak untuk bekerja bersama Night,” katanya. — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TAYANGAN PERDANA: (Dari kiri) Samuel L. Jackson, M. Night Shyamalan, Sarah Paulson dan James McAvoy semasa menghadiri tayangan perdana Eropah filem ‘Glass’ di London.
— Gambar Reuters TAYANGAN PERDANA: (Dari kiri) Samuel L. Jackson, M. Night Shyamalan, Sarah Paulson dan James McAvoy semasa menghadiri tayangan perdana Eropah filem ‘Glass’ di London.
 ??  ?? ANYA TAYLOR-JOY
ANYA TAYLOR-JOY
 ??  ?? M.NIGHT SHYAMALAN & SARAH PAULSON
M.NIGHT SHYAMALAN & SARAH PAULSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia