Utusan Borneo (Sarawak)

Terus sokong Abang Johari

-

KUCHING: Kepimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sepanjang tempoh dua tahun menjadi Ketua Menteri disenangi semua lapisan rakyat.

Tinjauan Utusan Borneo semalam mendapati rata-rata rakyat menyuaraka­n sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu.

Seorang penolong pegawai perubatan Maxwellen Gibson, 28, mengakui Abang Johari merupakan seorang pemimpin yang berpandang­an jauh dan mengambil berat akan kebajikan rakyatnya.

Menurutnya, kesungguha­n beliau untuk membangunk­an Sarawak tidak hanya terbatas untuk sesebuah kaum mahupun kawasan tertentu.

“Ia terbukti dengan kepimpinan beliau hari ini yang sentiasa mengutamak­an kepentinga­n rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Sebagai contoh, baru-baru ini, saya terkejut apabila melihat kampung saya banyak berubah dari segi pembanguna­n ketika balik untuk menyambut Krismas tahun lalu.

“Antara pembanguna­n yang dilaksanak­an termasuk pembinaan sebuah jambatan konkrit di kawasan Kampung Skibang di Bau yang sebelum ini menggunaka­n jambatan kayu sebagai jalan utama penduduk kampung untuk ulang-alik ke kawasan lain,” ujarnya.

Kesemua pembanguna­n ini, kata Maxwellen adalah usaha kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri kita Abang Johari yang sentiasa mengutamak­an keperluan rakyatnya.

Sementara itu, seorang pekerja swasta yang berasal dari Kampung Kudei, Siti Nuramirah Bashar Mohd Yusuf menyifatka­n pengganti arwah Tok Nan itu (Abang Johari) sebagai seorang pemimpin yang berusaha untuk memodenkan Sarawak.

Sepanjang dua tahun ini katanya, pelbagai program dan rancangan diatur Ketua Menteri termasuk meluaskan penggunaan jalur lebar ke kawasan pedalaman.

“Pendekatan yang dilaksanak­an oleh kerajaan di bawah kepimpinan Abang Johari turut membuka peluang kepada generasi muda dan rakyat kawasan luar bandar untuk meningkatk­an taraf hidup masing-masing.

“Kemudahan jalur lebar ini secara langsung memberi peluang sama rata antara rakyat luar bandar dan bandar,” kata Nuramirah, 22, yang bercitacit­a untuk membuka kedai makan sendiri suatu hari nanti.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan terus memberi sokongan dan merancang lebih banyak program untuk membantu generasi muda di Bumi Kenyalang terutama dalam bidang keusahawan­an.

Bagi bekas ketua kaum dari Kampung Bintawa Batu, Tinggian Demak, Ahmad Saat 74, beliau sangat mengkagum kewibawaan Ketua Menter keenam itu dalam memacu negeri ini termasuk perjuangan­nya dalam mengembali­kan hak-hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Banyak dasar dan usahausaha yang dilakukan beliau (Abang Johari) bagi memastikan rakyat Sarawak terus menikmati manfaat kemakmuran yang lebih baik dari seg ekonomi mahupun sosial.

“Sesungguhn­ya, kita (rakyat) bertuah kerana mendapat seorang Ketua Menteri yang bukan sahaja berpandang­an jauh tetapi juga berjiwa rakyat,” katanya sambil berharap Abang Johari akan membawa lebih banyak pembanguna­n untuk negeri tercinta.

 ??  ??
 ??  ?? MAXWELLEN
MAXWELLEN
 ??  ?? SITI
SITI
 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia