Utusan Borneo (Sarawak)

WiFi berkelajua­n tinggi disedia di Wireless Walk

Capaian Internet antara ciri moden yang disediakan kerajaan negeri di pusat perniagaan baharu itu

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Kemudahan WiFi berkelajua­n tinggi akan dinikmati pengunjung Wireless Walk (WW) di koridor pelanconga­n laluan North Yu Seng setelah projek itu siap sepenuhnya.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, capaian Internet antara ciri moden yang disediakan kerajaan negeri di pusat perniagaan baharu itu termasuk bekalan elektrik dan gas di gerai-gerai kontena.

“Apa yang akan kita buat ialah WiFi percuma di sini dan mempunyai kata kunci sendiri yang meliputi semua kawasan di sini,” jelasnya selepas mengadakan lawatan ke tapak projek petang semalam.

Beliau ditemani Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip dan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Abang Johari berkata, jaringan Internet yang baik membantu pengunjung khasnya pelancong tempatan dan asing mempromosi­kan Miri.

“Apabila pelancong datang ke sini dapat menghubung­i negara asal mereka dan mungkin boleh bercerita

Apa yang akan kita buat ialah WiFi percuma di sini dan mempunyai kata kunci sendiri yang

“meliputi semua kawasan di sini.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

keindahan yang ada di Miri. “Ia sebahagian daripada pelan supaya mereka dapat berkomunik­asi dengan rakan kerana pelancong apabila menginap di hotel, perkara pertama mereka akan tanya adalah password WiFi,” jelasnya.

Selain makanan, WW juga akan menjual produk hasil kampung dan kraf tangan.

Laluan North Yu Seng merupakan pusat kunjungan utama dan usaha menaik taraf kawasan itu sebagai koridor pelanconga­n telah dirancang ketika beliau sebagai Menteri Pelanconga­n.

WW didirikan di atas laluan pejalan kaki sepanjang 500 meter dan menempatka­n 62 gerai termasuk lima trak makanan.

Dengan kos pembinaan melebihi RM3 juta, projek dijangka siap sepenuhnya pada Mac tahun ini.

Mengenai masalah kesesakan, Abang Johari berkata, kerajaan negeri akan berbincang dengan Majlis Bandaraya Miri (MBM) bagi mengatasi masalah itu.

“Masih terlalu awal (bincangkan isu kesesakan). Kita siapkan dulu, infrastruk­tur dan kemudahan ini,” jelasnya.

 ??  ?? SELESA: Abang Johari meninjau keadaan kerusi dan meja yang disediakan ketika lawatan ke tapak projek WW.
SELESA: Abang Johari meninjau keadaan kerusi dan meja yang disediakan ketika lawatan ke tapak projek WW.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia