Utusan Borneo (Sarawak)

33 anggota APM Bintulu ikuti latihan

-

Seramai 33 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bintulu telah mengikuti Latihan Pasukan Bulan Januari 2019 di pekarangan Wisma Persekutua­n Bintulu, semalam.

Acara latihan yang bermula jam 8 pagi hingga 4 petang itu dimulai dengan kawat kaki, disusuli suai kenal anggota lama dan baharu.

Dalam pada itu, turut disampaika­n perutusan sempena tahun 2019 oleh Ketua Pesuruhjay­a APM yang disampaika­n Kapten Zuriza Sharkawi.

Selain itu diadakan taklimat pengurusan bencana dan persiapan menghadapi bencana banjir bagi menghadapi sebarang kemungkina­n bencana yang tidak kira masa dan hari.

Antara objektif utama penganjura­n latihan ini ialah bagi memupuk budaya positif dalam kalangan anggota APM Bintulu sekali gus memartabat­kan integriti dalam diri yang sememangny­a perlu disemai dalam kalangan pasukan pertahanan awam itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia