Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba Marudi jayakan ceramah di Institut Memandu Baram

-

Balai Bomba dan Penyelamat Marudi telah menjayakan program ceramah keselamata­n kebakaran di Institut Memandu Baram Sdn Bhd, Marudi, kelmarin.

Ceramah terbabit melalui program Pencegahan Kebakaran dan Pengenalan Alat Pemadam Api telah disertai kakitangan serta pelatih yang mengikuti kursus pengambila­n lesen memandu kenderaan.

Aktiviti yang bermula jam 10.30 pagi hingga 12 tengah hari itu disertai kira-kira 20 orang.

Ceramah berkenaan dikendalik­an Pegawai Bomba Zaidi Rambli dan Jama Mohd Yussof.

Antara objektif penganjura­n tersebut bagi meningkatk­an kesedaran dan mempersiap­kan kakitangan serta pelatih untuk sentiasa bersedia ketika berlakunya kecemasan kebakaran.

 ??  ?? PENERANGAN: Kakitangan serta peserta kursus di Institut Me mandu Baram tekun mendengar ceramah berkenaan.
PENERANGAN: Kakitangan serta peserta kursus di Institut Me mandu Baram tekun mendengar ceramah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia