Utusan Borneo (Sarawak)

Wireless Walk ‘lubuk rezeki’ peniaga Miri beroperasi mulai Mac

-

Projek Wireles Walk (WW) di laluan North Yu Seng yang bakal menjadi tarikan baharu di pusat bandar raya Miri kini 70 peratus siap.

Taklimat projek telah disampaika­n wakil BL Consultant Team Francis Uling Majoi kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg petang semalam.

Didirikan di atas laluan pejalan kaki sepanjang 500 meter, kerja pembinaan telah dilaksanak­an bermula Februari 2018 dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac tahun ini.

Abang Johari juga akan menyerahka­n kunci kepada bakal peniaga sebagai tanda simbolik perasmian projek itu kelak.

Terdapat 62 gerai dan kios disediakan yang termasuk lima trak makanan yang beroperasi di bahagian hujung laluan ini.

Turut dibina ialah bumbung rekaan moden di tempat makan dan minum, disediakan meja dan kerusi, kemudahan Internet serta bekalan elektrik dan gas.

Kawasan terbahagi kepada empat zon perniagaan yang menempatka­n gerai makanan, gerai minuman, kios pelbagai produk serta zon trak makanan.

Projek bernilai lebih RM3.3 juta ini adalah di bawah Pejabat Residen dan akan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk pengurusan dan operasi. MEMUASKAN: Abang Johari ditemani Menteri Muda Pelanconga­n Datuk Lee Kim Shin, Datuk Bandar Miri Adam Yii dan Francis ketika melihat keadaan dalam gerai kontena di WW di Miri, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia