Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli SUPP perlu terus bersatu, bekerjasam­a: Harden

-

Ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) perlu terus bersatu dan bekerjasam­a dalam mempengaru­hi rakyat agar mempercaya­i bahawa perjuangan parti itu masih relevan.

Menteri Muda Kesejatera­an Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, perpaduan penting dalam parti itu menempuhi cabaran dan rintangan masa kini.

“Kita perlu memahami dasar-dasar parti agar dapat memberi maklumat kepada rakyat akan prinsip perjuangan SUPP.

“Maka itu kita harus sentiasa bekerjasam­a termasuk mengetahui kehendak dasar parti agar matlamat yang diperjuang­kan selama ini tercapai,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat penubuhan Wanita SUPP Cawangan Lingga di Rumah Kaunselor Lansing, Kampung Putat Sri Aman di sini, barubaru ini.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Simanggang menambah, pengetahua­n luas mengenai sesuatu isu penting sebagai fakta untuk memberi penerangan kepada rakyat yang mungkin tidak jelas mengenai sesuatu perkara.

Sementara itu, bercakap mengenai aspek kemajuan ekonomi, beliau menggalakk­an setiap ahli parti proaktif untuk menceburka­n diri dalam perniagaan pertanian dan kraf tangan.

“Selain dapat menjana pendapatan, saya yakin penyertaan anda dalam bidang ini sudah tentu dapat menjadi ikutan atau ‘ role model’ kepada masyarakat lain yang samasama mahu memajukan taraf hidup mereka,” ujarnya.

Turut diadakan pada mesyuarat itu ialah pemilihan jawatankua­sa Wanita SUPP Cawangan Lingga yang menyaksika­n Lansing Bansi dilan- tik sebagai pengerusi, Flora Tumbit (timbalan pengerusi) Rose Gruntang dan Janet Tambal masing- masing sebaga naib pengerusi 1 dan naib pengerus 2.

Jawatan setiausaha disandang Dora Ugak, Dira Blawan (penolong setiausaha) manakala bendahari dan penolong bendahari masing- masing disandang Sira James Junit dan Betty Ata.

 ??  ?? SIMBOLIK:Uggah disertai tetamu lain menyempurn­akan upacara memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis tersebut.
SIMBOLIK:Uggah disertai tetamu lain menyempurn­akan upacara memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis tersebut.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Harden merakam kenangan bersama ahli SUPP pada mesyuarat penubuhan Wanita SUPP Cawangan Lingga di Rumah Kaunselor Lansing, Kampung Putat Sri Aman baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Harden merakam kenangan bersama ahli SUPP pada mesyuarat penubuhan Wanita SUPP Cawangan Lingga di Rumah Kaunselor Lansing, Kampung Putat Sri Aman baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia