Banyak kelebihan belajar di sekolah berasrama

Ibu bapa di luar bandar harus terus sokong anak mereka dapatkan pendidikan di sekolah berasrama

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Ibu bapa di kawasan luar bandar harus terus menyokong anak mereka untuk mendapatkan pendidikan di sekolah berasrama.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata dengan cara itu, ia akan memberi lebih faedah dan kebaikan kepada anak-anak mereka.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Makan Malam Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Gayau di Debak malam kelmarin.

“Faedah utama adalah suasana belajar yang lebih kondusif terutama pada waktu malam.

“Jika kanak-kanak tinggal di rumah panjang mereka, akan ada terlalu banyak gangguan,” katanya.

Jika mereka tinggal di asrama, tambah beliau mereka akan diajar untuk lebih berdisiplin dan cara menguruskan masa dengan baik.

Menerusinya, mereka bijak meluangkan masa untuk belajar dan membahagikan masa untuk melakukan aktiviti sekolah dan berehat.

Guru juga akan memberi mereka kelas tambahan bagi memperbaiki mata pelajaran yang mereka lemah serta perkhidmatan seperti perpustakaan dan makmal komputer turut disediakan selain makan minum terjaga.

Uggah berkata demikian hasil daripada pemerhatian beliau kerana ramai pelajar hari ini yang suka berulang alik dari rumah panjang daripada tinggal di asrama sekolah.

Sementara itu, beliau juga menasihati ibu bapa untuk sentiasa memeriksa prestasi anak- anak mereka dengan guru sekolah masing- masing.

“Ini adalah bahagian penting dalam proses pendidikan.

“Ibu bapa mestilah mengetahui kemajuan anak-anak mereka.

“Mereka kemudian boleh menasihati anak-anak mereka jika mereka tidak serius dalam pelajaran,” kata beliau menjelaskan.

Bagi pelajar yang akan menduduki persediaan UPSR pada tahun itu, beliau menambah, lebih banyak kursus dan program yang akan diadakan bagi membantu para pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang tahun ini.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata dengan pertanian moden sebagai sumber pekerjaan baharu yang menghasilkan pendapatan yang lumayan sekarang, model sistem fertigasi akan turut dianjurkan di sekolah.

Pada majlis itu beliau mengumumkan pemberian RM100,000 sebagai dana kepada pembangunan sekolah dan satu lagi geran sebanyak RM30,000 kepada persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr Richard Rapu dan Guru Besar SK Nanga Gayau Bulia Sigan juga hadir sama.

Faedah utama adalah suasana belajar yang lebih kondusif terutama pada waktu

” malam.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Timbalan Ketua Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.