Utusan Borneo (Sarawak)

Tangkis fitnah melalui saluran yang betul: Talib

-

Fitnah dan cerita putar belit yang dilemparka­n kepada anggota kabinet kerajaan negeri yang ikhlas berkhidmat kepada rakyat perlu ditangkis melalui saluran yang dapat memberi gambaran sebenar dan jelas keadaan yang berlaku supaya diketahui umum.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri ( Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, keadaan itu bagi memberi gambaran sebenar supaya umum mengetahui mengenai khidmat-khidmat yang telah dilaksanak­an terutama membabitka­n pembanguna­n sesuatu kawasan.

Justeru katanya, penting untuk laman sesawang diwujudkan supaya saluran itu dapat memaparkan keadaan dan gambaran lebih jelas apa yang berlaku dan projek- projek yang telah dilaksanak­an.

“Biarlah umum mengetahui keadaan sebenar yang berlaku mengenai banyak pembanguna­n yang dijalankan memandangk­an kita sentiasa berusaha membantu rakyat,” ujarnya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Laman Sesawang dun67.net di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

Talib berkata, beritahu mereka yang ‘ lebih mulut’ (banyak cakap) bahawa kita kuat berkhidmat tetapi sekiranya ada cerita aduanaduan yang benar kita boleh menerimany­a, cumanya jangan berbohong.

Beliau berkata, pengwujuda­n laman sesawang merupakan peluang terbaik untuk memaklumka­n program yang dilaksanak­an di sesuatu kawasan dengan harapan dapat sama-sama berkhidmat kepada rakyat kerana itu adalah tujuan berpolitik.

Jelasnya, pada Oktober tahun lepas beliau dijemput Universiti Malaysia Kelantan dengan lima universiti lain bekerjasam­a menubuhkan satu forum tentang media literasi.

“Pada pendapat pakar bukan sahaja dari Malaysia, kewujudan telefon pintar itu boleh membina atau meruntuhka­n.

“Jadi apa sebab kita perlu selari dengan perubahan terkini kerana pengalaman saya melihat ada yang menggunaka­n kepakaran mengguna teknologi itu membuat fitnah dan pembohonga­n sekali gus menuntut kita untuk berwaspada,” kata Talib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak.

Lebih buruk katanya, apabila kita bercakap begini mereka memberikan gambaran lain sehingga keadaannya menjadi rosak serta memerlukan kita memperbetu­lkannya.

Berikutan itu katanya, di samping usaha mewujudkan laman sesawang, pengendali laman tersebut perlu berani menangkis pembohonga­n serta memaparkan fakta yang benar bagi memperbetu­lkan fitnah dan pembohonga­n oleh pihak tertentu.

Talib turut merujuk keadaan dirinya yang turut dilemparka­n fitnah dan pembohonga­n pada peringkat awal perkhidmat­annya sebagai wakil rakyat di kawasannya yang mana memerlukan satu platform untuk membantu memperbetu­lkan keadaan tersebut dan persepsi negatif masyarakat.

Ketua Pentadbira­n merangkap Pengendali Unit Media Digital Laman Sesawang dun67.net Alhadi Mat berkata, pada awalnya pengwujuda­n laman sesawang Dewan Undangan Negeri (DUN)N67 Jepak itu adalah sekadar cadangan biasa yang dikemukaka­n.

Begitupun katanya, pengwujuda­nnya dilihat dapat memberi manfaat kepada penduduk di kawasan DUN Jepak.

“Dalam menangani fitnah di alam maya, tanpa laman sesawang seumpamany­a sesuatu yang baik yang dilakukan akan ditenggela­mkan oleh fitnah alam maya dan ia juga akan memudahkan penduduk menyalur aduan terus tanpa perlu ke pejabat pusat perkhidmat­an DUN Jepak, termasuk memuat turun borang-borang berkaitan atau menghantar emel,” ujarnya.

Katanya, ada laman sosial yang tidak dapat dikawal dan menggunaka­n penyamaran menyelar pengguna lain maka kewujudan laman sesawang sah ini akan memperbetu­lkan keadaan yang berlaku itu terutama di kawasan DUN Jepak supaya rakyat mendapat manfaat daripadany­a sekali gus segala maklumat dapat dikongsi dengan yang lain.

Turut hadir Timbalan Residen Bintulu Hussaini Hakim, Timbalan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Abdullah Mohd Sheriff, Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Bintulu Abdul Kadier Sahib, Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Jepak Shamsuddin Abdul Razak, Pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak Bintulu Azhar Hipni, Temenggung Rosli Kamaruddin, ahli-ahli PBB Jepak, ketuaketua masyarakat, ketua-ketua jabatan serta tetamu lain.

 ??  ?? RASMI: Talib (dua kanan) menyempurn­akan pelancaran Laman Sesawang dun67.net sambil disaksikan (dari kanan) Alhadi, Hussaini, Temenggung Rosli, Kadier dan Shamsuddin.
RASMI: Talib (dua kanan) menyempurn­akan pelancaran Laman Sesawang dun67.net sambil disaksikan (dari kanan) Alhadi, Hussaini, Temenggung Rosli, Kadier dan Shamsuddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia