Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak sumbang RM500,000 kepada Kuil Sri Maha Mariamman Sibu

-

Kerajaan Sarawak menyumbang RM500,000 bagi membantu membina Kuil Sri Maha Mariamman Sibu yang baharu di mana kos keseluruha­n projek berkenaan adalah RM1.65 juta.

Perkara itu didedahkan Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee ketika menyerahka­n cek bernilai RM100,000 daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain ( UNIFOR) kepada pengerusi kuil Manogaran Krishnasam­y, kelmarin.

“Cek berkenaan adalah sebahagian daripada sumbangan RM500,000 tersebut.

“RM300,000 lagi adalah daripada dana Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) dan baki RM100,000 adalah daripada geran projek kecil luar bandar (MRP),” katanya.

Dr Annuar yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam turut memberitah­u, Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah agensi pemantau projek tersebut.

Sementara itu menurut Manogaran, kerja menanam cerucuk fasa pertama akan bermula pada 27 Januari ini di mana projek itu akan mengambil masa setahun untuk disiapkan.

Mengenai perkara lain beliau berkata, kuil itu mempunyai kira-kira 1,000 pengikut.

“Terdapat kira-kira 400 orang India Malaysia di Sibu manakala antara 700 dan 800 pekerja dari India turut bekerja di sini, datang untuk bersembahy­ang,” katanya.

Beliau berkata, kuil yang dibina pada 1920 itu akan meraikan ulang tahunnya yang ke-100 pada 2020.

Untuk itu, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak atas bantuan yang disumbangk­an serta berterima kasih kepada penduduk Sibu daripada pelbagai latar belakang dan agama yang turut membantu mereka.

“Sarawak adalah satu contoh terbaik di mana masyarakat berbilang kaumnya dapat duduk bersama dalam keadaan harmoni dan aman tanpa mengira perbezaan agama dan budaya,” katanya.

 ??  ?? BANTUAN UNIFOR: Dr Annuar (enam kiri) menyerahka­n cek kepada Manogaran yang turut disaksikan ahli kuil yang lain.
BANTUAN UNIFOR: Dr Annuar (enam kiri) menyerahka­n cek kepada Manogaran yang turut disaksikan ahli kuil yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia