Utusan Borneo (Sarawak)

Korea, Taiwan ungguli Anugerah Televisyen Asia Ke-23

JTBC gondol Anugerah ‘Cable & Satellite Network of the Year’, Formosa Television raih Anugerah ‘ Terrestria­l Broadcaste­r of the Year’

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Debaran kemuncak berakhir apabila JTBC, Korea menggondol Anugerah ‘Cable & Satellite Network of the Year’ dan Formosa Television, Taiwan untuk Anugerah ‘ Terrestria­l Broadcaste­r of the Year’ pada Anugerah Televisyen Asia (ATA) Ke-23 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) kelmarin.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang turut didampingi Miss World Talent (Miss World 2014) Dewi Liana Seriestha telah menyampaik­an anugerah tersebut kepada wakil agensi televisyen berkenaan.

Majlis tersebut telah disiarkan secara langsung di 22 negara menerusi KBS, NHK, HBO, CNN, Bloomberg, BBC, AL-JAZEERA, TV18, Discovery Networks, Imagine Group, Viacom Internatio­nal Media Networks, Astro, Media Prima, PT Televisi Indonesia, Mediacorp, CGTN, PCCW, Formosa, ABS-CBN, BBTV, SMG dengan lebih 500 juta isi rumah yang menyaksika­nnya di seluruh Asia Pasifik.

Antara tetamu undangan dalam industri televisyen dengan lebih 300 delegasi antarabang­sa itu terdiri daripada penerbit filem, pengarah, penghibur, penaja utama, calon dan selebriti dari negara yang mengambil bahagian di seluruh Asia.

Cheng Rexen, 36 tahun bersama Kim Nam Joo, 48 tahun dinobatkan, masing-masing sebagai Pelakon Lelaki dan Pelakon Wanita Terbaik pada majlis anugerah itu.

Aktor dari Taiwan itu menerima anugerah kerana lakonannya dalam Schrodinge­r’s Cat sementara aktres dari Korea Selatan itu pula meraih anugerah kerana lakonannya sebagai Go Hye-ran dalam Misty.

Sementara itu, Jirayu Tantrakul dari Thailand menerima anugerah Aktor Terbaik sebagai Pelakon Pembantu dalam KOM FAEK (The Lost Art) dan Sinjai Plengpanic­h (Thailand) dinobatkan Aktres Terbaik sebagai Pelakon Pembantu kerana lakonannya dalam Ayodhaya.

Penerima lain yang merangkul anugerah ialah Something In The Rain (Korea Selatan) bagi Siri Drama Terbaik, Kurara: The Dazzling Life of Hokusai’s Daughter (Jepun) bagi Drama Tunggal Terbaik atau Program Telemovie.

Lebih 50 selebriti terkemuka Asia menghadiri majlis itu dan antaranya ialah Derek Chun, James Kumar, Ase Wang, Maylada Susri, Maneerat Kum-Uan, Hu Gua Ah Xiang, Louis Scott, Ray Macdonald, Jirayu Tantraku dan Hoang Yen Shibi.

Turut hadir sama adalah isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan Belia dan Sukan Datuk Abdu Karim Rahman Hamzah serta isteri.

 ??  ?? TAHNIAH:Wakil Formosa Television, Taiwan menerima Anugerah bagi kategori‘Terrestria­l Broadcaste­r of the Year’ daripada Abang Johari yang turut disaksikan Dewi.
TAHNIAH:Wakil Formosa Television, Taiwan menerima Anugerah bagi kategori‘Terrestria­l Broadcaste­r of the Year’ daripada Abang Johari yang turut disaksikan Dewi.
 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Abang Johari dan Juma’ani ditemani Abdul Karim serta Zuraini bergambar di atas permaidani merah Anugerah Televisyen Asia Ke-23.
UNTUK KENANGAN: Abang Johari dan Juma’ani ditemani Abdul Karim serta Zuraini bergambar di atas permaidani merah Anugerah Televisyen Asia Ke-23.
 ??  ?? MENARIK: Persembaha­n kumpulan SF9 dari Korea Selatan yang begitu mengujakan.
MENARIK: Persembaha­n kumpulan SF9 dari Korea Selatan yang begitu mengujakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia