Utusan Borneo (Sarawak)

Sharifah Zaidah kekal terajui PERKIM Sibu

-

Selepas dengan cemerlangn­ya memimpin Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) Cawangan Sibu sepanjang penggal terdahulu, Datin Sharifah Zaidah Syed Abdul Aziz kekal dipilih menjadi pengerus bagi penggal 2019/2021.

Pemilihan itu dimuktamad­kan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PERKIM Cawangan Sibu di sebuah hote terkemuka di sini, kelmarin.

Berucap merasmikan AGM berkenaan, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berharap PERKIM Cawangan Sibu akan terus maju dalam menjaga kebajikan masyarakat di Sibu khususnya masyarakat Islam di sini.

“Saya berharap PERKIM Sibu akan terus aktif pada masa akan datang dengan menganjurk­an pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk masyarakat,” katanya.

Sementara itu, jawatan timbalan pengerusi disandang Jamelah Imit dan enam ahli jawatankua­sa ialah Aminah Amat, Halimah Udin, Sharifah Fatimah Wan Hamid, Siti Aminah Chek Hajijah Bohari, Sharifah Ainie Sayeed Alwi Wyia Awi dan Fatimah Narawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia