Utusan Borneo (Sarawak)

STU sokong seruan guru bina hubungan rapat dengan ibu bapa

-

Kesatuan Guru Sarawak ( STU) menyuaraka­n sokongan kepada Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong agar guru di sekolah membina hubungan yang rapat dengan ibu bapa atau penjaga pelajar di sekolah masing-masing.

Presidenny­a Macky Joseph berkata, komunikasi antara kedua-dua pihak itu sangat penting kerana ia dapat memberi manfaat kepada pelajar sama ada dari segi akademik mahupun sosial.

“Apabila guru dan ibu bapa bekerjasam­a, ini akan membolehka­n pelajar mendapat pendidikan yang terbaik kerana mereka akan berasa disokong dalam pendidikan,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Beliau memberi maklum balas kepada cadangan Manyin pada Sabtu lalu, yang mencadangk­an agar Jabatan Pendidikan Sarawak mengeluark­an pekeliling kepada semua sekolah di negeri ini untuk semua guru mendapatka­n nombor telefon ibu bapa bagi membolehka­n mereka berkomunik­asi dengan ibu bapa dengan berkesan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan anak mereka di sekolah.

Menurut Macky, guru di Sarawak khususnya guru kelas, telah mengamalka­n pendekatan ini selama ini.

“Guru kelas dikehendak­i mengisi Buku Daftar Kehadiran Kelas dan butiran pelajar serta ibu bapa mereka juga direkodkan.

“Maka dengan itu, ada direktori untuk guru jika mereka perlu menghubung­i ibu bapa untuk penjelasan mengenai anak mereka, misalnya jika dia tidak hadir atau untuk perkara lain seperti mengemas kini data dalam talian pelajar,” jelasnya.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa guru kelas juga telah memanfaatk­an aplikasi seperti WhatsApp atau Telegram untuk mewujudkan kumpulan ibu bapa bagi membolehka­n keduadua guru dan ibu bapa memberi maklum balas serta pertukaran maklumat mengenai kemajuan akademik pelajar.

“Apabila terdapat komunikasi dua hala yang berterusan dan positif antara guru dan ibu bapa, mereka akan lebih bersedia untuk membantu pelajar dalam pembanguna­n kemahiran akademik dan emosi sosial.

 ??  ?? MACKY JOSEPH
MACKY JOSEPH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia