Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Sarawak mesti terus menyokong Abang Johari

Abang Johari diyakini mampu membawa Sarawak ke tahap lebih baik berbanding sekarang, kata Masing

- Oleh Patricia Gari

Saya sangat yakin Datuk Patinggi Abang Johari akan memimpin Sarawak menjadi sebuah negeri yang lebih baik

” dan makmur pada masa akan datang.

Tan Sri Datuk Amar James Masing Timbalan Ketua Menteri

KUCHING: Semua rakyat Sarawak mesti terus memberi sokongan padu kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk memimpin Sarawak menjadikan negeri ini lebih maju dan makmur pada masa akan datang.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Presiden Parti Rakyat Sarawak ( PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, ini kerana Abang Johari diyakini mampu membawa Sarawak ke tahap lebih baik berbanding sekarang.

“Saya sangat yakin Datuk Patinggi Abang Johari akan memimpin Sarawak menjadi sebuah negeri yang lebih baik dan makmur pada masa akan datang.

“Janganlah terganggu dengan kuasa-kuasa atau kepentinga­n luar. Semua kita mesti melindungi kepeningan dan aset Sarawak,” katanya semalam.

Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an berkata pendekatan ‘Utamakan Sarawak’ amat diperlukan Sarawak ketika ini.

Beliau berkata Abang Johari merupakan pusat kepada pentadbira­n Sarawak yang berpaksika­n pendekatan ‘Utamakan Sarawak’.

“Beliau yang memimpin! Buat pertama kali dalam tempoh 55 tahun selepas Sarawak merdeka kita menentukan nasib dan hala tuju negeri ini.

“Kita menentukan yang terbaik untuk Sarawak dan rakyatnya tanpa campur tangan luar,” ujarnya.

Menurut Masing, kepimpinan Abang Johari bertambah baik dari sehari ke sehari dan beliau lebih yakin dalam menyelesai­kan isu-isu negeri serta perse- kutuan.

“Pendirian beliau (Abang Johari) terhadap kepentin- gan negeri ini kelihatan lebih jelas berbanding kepentinga­n persekutua­n,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sempena ulang tahun kedua Abang Johari menjadi Ketua Menteri Sarawak yang keenam selepas mengambil alih pucuk kepimpinan negeri pada 13 Januari 2017.

Abang Johari menggalas tugas penting untuk terus memimpin Sarawak menjadi sebuah negeri yang lebih makmur apabila Ketua Menteri Sarawak kelima, Pehin Sri Adenan Satem meninggal dunia pada 11 Januari 2017.

Bermula 13 Januari 2017 Abang Johari mengutamak­an rakyat Sarawak dalam perancanga­n beliau menjadikan negeri ini lebih maju dalam aspek sosioekono­minya.

Sejak memegang jawatan Ketua Menteri pada Januar 2017, Abang Johari telah memperkena­l dan melaksanak­an 65 inisiatif dan tindakan.

Antaranya, mempertaha­nkan kepentinga­n, hak dan kedudukan Sarawak, peruntukan kewangan tertingg untuk pembanguna­n dalam Belanjawan Sarawak 2019 memperkasa­kan integrit dalam pengurusan projek kerajaan dan menurunkan kadar premium tanah.

 ??  ?? BERKECUALI: Lusat (berdiri enam kanan) bersama sebahagian penduduk Kampung Long Palai.
BERKECUALI: Lusat (berdiri enam kanan) bersama sebahagian penduduk Kampung Long Palai.
 ??  ?? MASING
MASING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia