Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari sentiasa utama rakyat dalam perancanga­n pembanguna­nnya: Dr Sim

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sentiasa mengutamak­an rakyat dalam perancanga­n pembanguna­nnya dan memastikan tidak akan ada yang terpinggir.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, Abang Johari meneruskan legasi bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem yang lebih ke arah pembanguna­n negeri khususnya di luar bandar sejak menjadi Ketua Menteri Sarawak pada 13 Januari 2017.

“Kapten Abang Johari meneruskan legasi Tok Nan, yang lebih cenderung kepada pembanguna­n khususnya di luar bandar,” katanya semalam.

Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, Abang Johari telah melaksanak­an autonomi Sarawak dengan menguatkua­sakan cukai jualan sebanyak lima peratus ke atas produk minyak dan gas Sarawak yang dieksport.

Beliau berkata pengenaan cukai 5 peratus itu akan membolehka­n Sarawak mempunyai sumber kewangan sendiri dan merupakan permulaan kepada kebebasan kewangan.

“Hasil daripada cukai ini, Sarawak akan mula berkongsi kekayaanny­a dengan setiap anak Sarawak, antaranya RM1,000 diberi kepada setiap kelahiran baharu anak Sarawak bermula 1 Januari 2019.

“Ini adalah inisiatif pertama perkongsia­n kekayaan Sarawak diperkenal­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Mengenai masa depan Sarawak di bawah kepimpinan Abang Johari, Dr Sim berkata sokongan padu setiap rakyat negeri ini amat diperlukan untuk melindungi kedaulatan Sarawak.

“Abang Johari dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlukan sokongan kuat rakyat Sarawak untuk terus melindungi kedaulatan negeri ini tanpa campur tangan Malaya terutama dalam pengurusan sumber-sumber semula jadinya.

“Ini penting untuk memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati bahagian yang besar hasil kekayaan negeri ini,” katanya.

Dr Sim berkata demikian sempena ulang tahun kedua Abang Johari menjadi Ketua Menteri Sarawak yang keenam selepas mengambil alih pucuk kepimpinan negeri pada 13 Januari 2017.

Abang Johari menggalas tugas penting untuk terus memimpin Sarawak menjadi sebuah negeri yang lebih makmur apabila Ketua Menteri Sarawak kelima, Pehin Sri Adenan Satem meninggal dunia pada 11 Januari 2017.

Bermula 13 Januari 2017, Abang Johari mengutamak­an rakyat Sarawak dalam perancanga­n beliau menjadikan negeri ini lebih maju dalam aspek sosioekono­minya.

Sejak memegang jawatan Ketua Menteri pada Januari 2017, Abang Johari telah memperkena­l dan melaksanak­an 65 inisiatif dan tindakan.

Antaranya, mempertaha­nkan kepentinga­n, hak dan kedudukan Sarawak, peruntukan kewangan tertinggi untuk pembanguna­n dalam Belanjawan Sarawak 2019, memperkasa­kan integriti dalam pengurusan projek kerajaan dan menurunkan kadar premium tanah.

 ??  ?? DR SIM
DR SIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia