Utusan Borneo (Sarawak)

Komuniti Long Palai tolak campur tangan politik dalam pengurusan kampung

-

MIRI: Komuniti Long Palai mahu pengurusan kampung dilaksanak­an sepenuhnya oleh mereka sendiri tanpa campur tangan politik atau parti politik yang boleh menimbulka­n sikap berpuak-puak.

Pengerusi penganjur Majlis Makan Malam Kebudayaan Kampung Long Palai merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK) Lusat Tebengang Lalo berkata, kemasukan pelbagai parti politik menyebabka­n penduduk kampung mengamalka­n sikap berpuak-puak mengikut parti dan ideologi.

“Di bawah kepimpinan baharu kami ingin mengembali­kan semula sistem pentadbira­n autonomi kampung yang bebas sepenuhnya daripada penceroboh­an ideologi politik dan parti yang berpuakpua­k.

“Kami juga mahu menghentik­an pembudayaa­n mainan politik sepanjang 24 jam dalam sehari, 365 hari dalam setahun dan lima tahun dalam sepenggal sebelum Pilihan Raya Umum berikutnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Kebudayaan Kampung Long Palai di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Lusat menambah, mereka tidak mahu perbezaan politik dan ideologi menyebabka­n Long Palai ketinggala­n daripada arus pembanguna­n, justeru adalah penting pengurusan kampung perlu menjauhi politik.

“Kita mahu komuniti di Long Palai fokus dengan pembanguna­n dan kemajuan kampung serta mengetepik­an politik demi kebaikan penduduk di sini,” katanya.

Beliau menyeru pertubu- han bukan kerajaan (NGO) agar berhenti mempolitik­kan semua isu sebaliknya fokus kepada pembanguna­n di kawsan Long Palai.

Antara yang hadir ialah Ketua Kaum Long Pala Thomas Leo Lawing Lanyau Pengerusi Baram Protection Action Committee Philip Jau dan Pengerusi Save Rivers Peter Kallang.

Kira- kira 500 penduduk kampung hadir pada majlis tersebut yang antara lain bertujuan mengukuhka­n silaturahi­m selain mengekalka­n tradis tarian dan nyanyian rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia