Utusan Borneo (Sarawak)

Kawasan selatan Sarawak antara destinasi pelanconga­n

Infrastruk­tur dibangun oleh kerajaan dari Telok Melano sehingga Kampung Sembilang, Beradek dan Telaga Air

-

KUCHING: Kawasan selatan Sarawak, iaitu dari Telok Melano sehingga ke Kampung Sembilang, Beradek termasuk Telaga Air telah dikenal pasti sebagai antara destinasi pelanconga­n di negeri ini.

Sehubungan itu, Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata Kerajaan Sarawak telah dengan komited membangunk­an infrastruk­tur di kawasan-kawasan berkenaan.

“Kerajaan negeri telah membina tebingan sungai, esplanade, membaik pulih infrastruk­tur sedia ada termasuk membina infrastruk­tur yang baharu sebagai usaha menjadikan kawasan-kawasan ini sebagai destinasi pelanconga­n yang menarik di Sarawak.

“Cuma, ia bergantung kepada

Kerajaan negeri telah membina tebingan sungai, esplanade, membaik pulih infrastruk­tur sedia ada termasuk membina infrastruk­tur yang baharu sebagai usaha menjadikan kawasankaw­asan ini sebagai destinasi pelanconga­n

Sarawak. ” yang menarik di

kita sendiri terutama penduduk setempat untuk memanfaatk­an kemudahan yang disediakan ini bagi menjana pendapatan khususnya dalam industri pelanconga­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Keusahawan­an dan Pelanconga­n yang disertai kira-kira 500 orang, anjuran SABERKAS Pantai Damai dan Belia Srikandi Pantai Damai di Esplanade Telaga Air, dekat sini semalam.

Justeru, Dr Abdul Rahman yang juga ADUN Pantai Damai berharap semua penduduk kampung di kawasan Telaga Air dapat terlibat dalam industri pelanconga­n.

Katanya, ia memandangk­an kawasan Telaga Air memiliki banyak tarikan seperti alam semula jadi, sungai, laut, pulau dan sebagainya.

“Ini adalah peluang untuk setiap orang memanfaatk­annya bagi menjana pendapatan menerusi industri pelanconga­n,” katanya.

Program Keusahawan­an dan Pelanconga­n adalah menggabung­kan tiga elemen iaitu keusahawan­an, pertanian dan pelanconga­n.

Pelbagai aktiviti turut dijalankan seperti pertanding­an mewarna kanak-kanak, jualan makanan dan minuman, pertanding­an menari dan banyak lagi.

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik)

 ??  ?? TINJAUAN: Dr Abdul Rahman (kanan) melawat gerai jualan yang dibuka sempena Program Keusa hawanan dan Pelanconga­n di Telaga Air, semalam.
TINJAUAN: Dr Abdul Rahman (kanan) melawat gerai jualan yang dibuka sempena Program Keusa hawanan dan Pelanconga­n di Telaga Air, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia