Utusan Borneo (Sarawak)

Sebuah calet akan dibangunka­n di Sebuyau, kata Julaihi

-

Sebuah calet akan dibangunka­n di sini dan dijangka siap pada hujung tahun ini.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata projek berkenaan bernilai RM10 juta termasuk kos pengambila­n tanah dan yuran konsultasi.

Beliau berkata projek yang dibina di atas tanah seluas 6.5 hektar itu merupakan sebahagian daripada pembanguna­n Bandar Baharu Sebuyau.

Menurutnya projek itu diluluskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada November 2017 ketika merasmikan Bandar Baharu Sebuyau.

Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata pembinaan calet itu akan memberi banyak manfaat kepada penduduk setempat.

Ia juga katanya, akan mempromosi­kan Sebuyau sebagai destinasi pelanconga­n kerana kedudukan strategikn­ya iaitu sepanjang jalan pesisir dan menjadi pusat sehenti kepada penduduk dari selatan dan utara Sarawak yang menggunaka­n jalan tersebut.

“Dengan terbinanya calet di Sebuyau, ia juga akan menjadi kawasan rehat dan rawat (R&R) untuk orang dari bahagian selatan dan utara Sarawak menggunaka­n jalan pesisir.

“Kemudahan ini sudah tentu akan memberi banyak manfaat kepada penduduk tempatan mempromosi dan menjual produk mereka sekali gus meningkatk­an sosioekono­mi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pecah tanah projek calet itu di sini, kelmarin.

Menurut Julaihi, pembinaan projek calet itu juga akan membantu mempromosi­kan Sebuyau, ditambah terdapatny­a bebarapa kawasan pelanconga­n menarik sedia ada di situ.

Antaranya ialah Taman Negara Sebuyau di Hulu Sungai Sebuyau dan tempat memerhati buaya, katanya.

“Sebuah jeti yang lebih selamat juga akan dibina sebagai sebahagian daripada projek calet tersebut. Jeti ini boleh digunakan untuk memerhati buaya dan lokasi memancing.

“Pembinaan projek chalet ini sangat penting dalam usaha memelihara alam sekitar dan habitat semula jadi untuk mempromosi­kan kawasankaw­asan pelanconga­n di sini,” ujarnya.

Tambahnya, calet itu apabila siap nanti akan menyediaka­n peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, yang memberi ruang serta peluang untuk mereka memasarkan makanan dan produk pertanian tempatan.

Sementara itu, Julaihi berkata calet itu dilengkapi beberapa komponen seperti lobi, bilik mesyuarat, restoran, dewan serba guna dan pejabat.

Beliau menggesa kontraktor dilantik agar menyiapkan projek itu mengikut jadual iaitu dalam tempoh 12 bulan.

Antara komponen lain Bandar Baharu Sebuyau ialah Masjid Baharu Sebuyau Klinik Baharu Sebuyau dan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau di lokasi baharu.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Julaihi (dua kiri) bersama tetamu kehormat lain yang hadir pada majlis pecah tanah projek calet Sebuyau.
UNTUK ALBUM: Julaihi (dua kiri) bersama tetamu kehormat lain yang hadir pada majlis pecah tanah projek calet Sebuyau.
 ??  ?? CANTIK: Foto pemandanga­n udara Calet Sebuyau.
CANTIK: Foto pemandanga­n udara Calet Sebuyau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia