Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah parit belenggu penduduk KM9, Jalan Repok dapat perhatian

-

Masalah parit yang membelengg­u penduduk di kawasan Kilometer 9, Jalan Repok dekat sini, telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Sarikei Andrwew Wong Ling Biu.

Dalam tinjauan ke lokasi terbabit semalam, Andrew memberitah­u bahawa beberapa penduduk dari lokasi terbabit telah mengadu bahawa sistem perparitan berhampira­n kawasan rumah mereka bermasalah.

“Menurut aduan yang kami terima, penduduk dari kawasan terbabit memberitah­u bahawa setiap kali hujan turun, kawasan rumah mereka akan dinaiki air.

“Hasil pemantau yang dilakukan, kita mendapati sistem perparitan di kawasan terbabit sememangny­a bermasalah.

“Berikutan itu kami telah membawa pihak Jabatan Kerja Raya Bahagian Sarikei untuk memantau situasi ini untuk mencari jalan penyelesai­an terhadap masalah terbabit,” kata Andrew ketika ditemui media dalam tinjauan tersebut.

Menurut Andrew, hasil perbincang­an bersama, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk membawa masalah ini kepada Jabatan Pengairan dan Saliran untuk proses penyelesai­an.

“Saya berharap usaha mengatasi masalah ini akan dilakukan dengan segera oleh pihak berkaitan.

“Pada masa yang sama juga, saya mahu penduduk yang terbabit dapat memberi kerjasama yang baik kepada mana-mana pihak yang berkaitan dalam menangani masalah itu nanti.

“Saya juga akan memantau perkembang­an dari semasa ke semasa terhadap perkara ini,” tegasnya.

 ??  ?? PANTAU: Andrew bersama pihak berkaitan melawat kawasan penduduk di Kilometer 9, Jalan Repok, yang dibelenggu masalah perparitan.
PANTAU: Andrew bersama pihak berkaitan melawat kawasan penduduk di Kilometer 9, Jalan Repok, yang dibelenggu masalah perparitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia