PKR sumbang papan lapis kepada 20 keluarga

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Cabang Sibu telah memberi sumbangan berupa papan lapis kepada keluarga yang memerlukan di Kampung Jeriah di sini, semalam.

Program sumbangan itu disempurnakan Ketua Cabangnya Abdul Raafidin Majidi.

Pada program itu, beliau telah menyampaikan 120 keping papan lapis kepada 20 keluarga di kampung tersebut.

Raafidin ketika ditemui memberitahu, sumbangan itu adalah bagi membantu meringankan beban dalam membaiki rumah penduduk kampung yang rosak.

“Sumbanganinimembuktikan PKRCabangSibusangatprihatin terhadap kesusahan rakyat di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka,” katanya.

Beliau menyasarkan 300 keluarga akan menerima sumbangan papan lapis sebelum Hari Raya Aidilfitri.

UNTUK RAKYAT: Raafidin (lima kanan) serta ahli parti yang lain ketika menyampaikan sumbangan papan lapis kepada penduduk di Kampung Jeriah di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.