Utusan Borneo (Sarawak)

150 kakitangan JTS Bintulu menjayakan program

-

Seramai 150 kakitangan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Bintulu telah mengadakan Perhimpuna­n Program GotongRoyo­ng dan Amalan Budaya Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di bangunan pejabat jabatan itu di Wisma Bintulu, semalam.

Pelancaran program yang julung kali diadakan itu disempurna­kan Penguasa JTS Bintulu yang baharu Mohammad Zunica Mohamad Sapi’ee.

Jurucakap JTS Bintulu berkata, objektif pelaksanaa­n program gotong-royong itu adalah sebagai satu komitmen seluruh warga jabatan untuk mengamalka­n ama- lan-amalan yang baik dalam pelaksanaa­n EKSA dengan membersih, menceria dan memperinda­hkan kawasan persekitar­an jabatan bagi memenuhi aspek penilaian amalan persekitar­an berkualiti EKSA.

“Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik atau zumba, penyampaia­n sijil kepada zon terbaik iaitu Zon Integriti dan Seksyen Terbaik iaitu One Stop Centre,” ujarnya dalam kenyataan d sini semalam.

Katanya, kerja gotongroyo­ng telah diadakan di Zon Integriti ( tingkat bawah) Zon Transforma­si (Tingkat 1) dan Zon Profesiona­lisme (Tingkat 2).

 ??  ?? TAHUN MENCABAR: Alice (duduk, empat kiri), Uchi (duduk, tiga kiri), Nain (duduk, empat kanan) serta yang lain merakam kenangan selepas berakhirny­a mesyuarat tersebut di Sibu, petang kelmarin.
TAHUN MENCABAR: Alice (duduk, empat kiri), Uchi (duduk, tiga kiri), Nain (duduk, empat kanan) serta yang lain merakam kenangan selepas berakhirny­a mesyuarat tersebut di Sibu, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia