Utusan Borneo (Sarawak)

SIDS Sibu teruja anjur tiga acara besar tahun ini

-

Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu mengadakan mesyuarat bersama barisan exco tertinggin­ya di sini, petang kelmarin.

Mesyuarat tersebut dipengerus­ikan Pengerusin­ya Angelyn Uchi Maseng serta turut dihadiri dua penasihat iaitu Datuk Alice Jawan dan Catherine Nain Abit.

Alice juga merupakan presiden SIDS merangkap Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Utiliti.

Pada mesyuarat tersebut, Uchi memberitah­u media bahawa tahun ini merupakan tahun mencabar kepada SIDS Sibu kerana mengelolak­an tiga acara besar.

Menurutnya, tiga acara berkenaan ialah Pertanding­an Menenun Pua Kumbu Sarawak 2019, Majlis PraGawai Dayak Bahagian Sibu 2019 dan Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke-30 SIDS Sibu.

Katanya AGM SIDS Sibu dijangka diadakan pada Mac akan datang di Hotel Para- mount.

“Tiada pemilihan ahli jawatankua­sa baharu pada AGM itu kelak kerana ses kita adalah dari tahun 20182020.

“Ia hanyalah mesyuarat tentang laporan kewangan aktiviti dan perkara-perkara yang berkaitan,” tambahnya.

Mesyuarat pertama SIDS itu merupakan pembuka tirai bag aktivitiny­a pada tahun baharu ini serta turut dihadiri ketuaketua kawasannya di bawah naungan SIDS Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia