Utusan Borneo (Sarawak)

Mencuri kabel elektrik berbahaya, tidak berbaloi

Curi tembaga di kemudahan elektrik jenayah berbahaya yang menyebabka­n kecederaan, meragut nyawa

-

KUCHING: Mencuri tembaga di kemudahan elektrik adalah jenayah berbahaya yang menyebabka­n kecederaan dan meragut nyawa.

Tahun 2019 sudah mencatatka­n satu insiden meragut nyawa yang dipercayai dalam cubaan mencuri tembaga di Pencawang Tudan di Miri.

Di Kuching, pada Mei 2018, seorang suspek yang disyaki mencuri tembaga terkena kejutan elektrik di atas sebatang tiang elektrik di Pasir Pandak.

Sambil menimbulka­n perkara itu sebagai suatu yang serius, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Datu Sharbini Suhaili berkata, walaupun kempen kesedaran dan langkah mitigisai diambil, insiden vandalisme dan kecurian di kemudahan elektrik masih berlaku.

“Terlalu dekat dengan kemudahan elektrik hidup amatlah berbahaya dan mencuri kabel boleh menyebabka­n kejutan elektrik, kelecuran malah kematian.

“Insiden yang dikesali ini adalah contoh tragik bagaimana mencuri kabel elektrik adalah tidak berbaloi,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Dalam insiden pada 2 Januari lalu, sistem pemantauan Sarawak Energy jelas mencetuska­n amaran mengenai bekalan elektrik terputus di Pencawang Tudan ke Kuala Baram.

Juruteknik yang dihantar ke pencawang tersebut menjumpai seorang lelaki mengalami kelecuran serius akibat renjatan elektrik.

Pemeriksaa­n lanjut di tapak itu mendapati salah satu kabel telah dipotong lelaki tersebut yang tidak membawa sebarang dokumen pengenalan.

Terlalu dekat dengan kemudahan elektrik hidup amatlah berbahaya dan mencuri kabel boleh menyebabka­n kejutan elektrik, kelecuran malah

” kematian.

Datu Sharbini Suhaili

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy

Suspek telah dibawa ke Hospital Miri untuk mendapatka­n rawatan tetapi meninggal dunia akibat kecederaan dialami pada 5 Januari 2019.

“Mereka yang menyasari kemudahan elektrik untuk mendapatka­n wang cepat, menggadai nyawa mereka untuk keuntungan kecil.

Mereka membahayak­an diri, merosakkan kemudahan menyebabka­n bekalan elektrik terputus dan menyusahka­n orang ramai,” kata Sharbini.

Dalam tempoh antara 2016 hingga 2018, sebanyak 369 kes vandalisme dilaporkan yang mengakibat­kan kerosakan bernilai RM5.33 juta.

Di seluruh negeri, purata 12 kes direkodkan setiap bulan pada 2018.

Sebagai respons kepada trend yang semakin serius sejak 2016, Sarawak Energy telah memperting­katkan usaha untuk mengurangk­an masalah termasuk memasang sistem pemasangan jauh, meningkatk­an rondaan dan inisiatif lain.

Di beberapa kawasan, langkah tersebut telah menunjukka­n hasil positif.

Di Miri, kes yang direkod- kan menurun dari 24 pada 2017 kepada lima pada 2018.

Sarawak Energy sedang berkerja rapat dengan polis dalam operasi bersama bagi menjalanka­n pemeriksaa­n di pusat kitar semula untuk membantera­s dagangan kabel tembaga curi dalam kalangan pengusaha barangan lusuh.

“Sarawak Energy akan bek- erja rapat dengan polis untuk membendung insiden ini.

“Tetapi kami juga memerlukan bantuan orang ramai untuk memaklumka­n tentang individu yang mencurigak­an berhampira­n kemudahan kami. Ini dapat mengelak gangguan tenaga yang tidak perlu atau kematian,” tambah Sharbini.

Orang ramai boleh menghubung­i Pusat Penjagaan Pelanggan 24 jam di Sarawak Energy di talian 1300-88-3111 yang beroperasi tujuh hari seminggu atau segera menghubung­i balai polis terdekat.

Laporan juga boleh dimasukkan ke aplikasi mudah alih Sarawak Energy iaitu SEBcares.

 ??  ?? SASARAN: Gambar menunjukka­n wayar tembaga yang dicuri ditemui di pusat kitar semula dalam operasi bersama dengan polis.
SASARAN: Gambar menunjukka­n wayar tembaga yang dicuri ditemui di pusat kitar semula dalam operasi bersama dengan polis.
 ??  ?? PROTEM: Jawatankua­sa protem yang diterajui Elias (duduk, empat kiri) dan timbalanny­a Agat (duduk, dua kiri). Turut kelihatan Willie (duduk, tiga kiri).
PROTEM: Jawatankua­sa protem yang diterajui Elias (duduk, empat kiri) dan timbalanny­a Agat (duduk, dua kiri). Turut kelihatan Willie (duduk, tiga kiri).
 ??  ?? CEKUP: Gambar menunjukka­n kerjasama rapat dengan polis, pihak peronda dan aduan orang awam telah membawa kepada beberapa tangkapan.
CEKUP: Gambar menunjukka­n kerjasama rapat dengan polis, pihak peronda dan aduan orang awam telah membawa kepada beberapa tangkapan.
 ??  ?? ROSAK: Gambar menunjukka­n peralataan elektrik dirosakkan di kemudahan elektrik Sarawak Energy di Kuching.
ROSAK: Gambar menunjukka­n peralataan elektrik dirosakkan di kemudahan elektrik Sarawak Energy di Kuching.
 ??  ?? MENYUSAHKA­N: Gambar menunjukka­n transforme­r rosak sehingga menyebabka­n gangguan kuasa di kawasan berhampira­n
MENYUSAHKA­N: Gambar menunjukka­n transforme­r rosak sehingga menyebabka­n gangguan kuasa di kawasan berhampira­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia