Utusan Borneo (Sarawak)

DAM menganjurk­an Kelas Tarian Ngajat Iban

-

Bagi mereka yang ingin belajar tarian tradisi kaum Iban, Persatuan Dayak Miri (DAM) akan menganjur Kelas Tarian Ngajat Iban bagi tahun 2019.

Kelas ngajat berkenaan yang diadakan dengan kerjasama Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Miri, akan berlangsun­g selama dua bulan bermula 4 Februari hingga 4 April 2019, bermula jam 7 malam hingga 9 malam.

Pengerusi pengelola kelas ini, Jacqueline Selaka Mawar berkata kelas ngajat itu akan diadakan di Dewan Intrim, ILP Miri yang menyediaka­n ruang yang lebih selesa kepada pelajar kelas ini, di samping ia mempunyai kemudahan yang diperlukan.

Selain itu katanya, dewan yang digunakan kelak dijangka mampu menampung pelajar yang ramai, jika ramai yang mahu mendaftar.

Kelas selama dua jam itu hanya diadakan pada malam hari Selasa, Rabu dan Khamis sahaja.

“Kita akan mengenakan yuran dalam dua kategori iaitu RM25 untuk pelajar dan anakanak ahli berusia 7 hingga 12 tahun dan yuran RM50 untuk bukan ahli dan mereka yang berusia 13 tahun ke atas,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Kelas dibuka kepada peserta perempuan dan lelaki dengan setiap peserta yang menamatkan latihan akan diberi sijil penyertaan.

“Kelas ini kelak akan dikendalik­an dua orang yang berpengala­man, seorang lelaki dan seorang perempuan untuk mengajar kumpulan masingmasi­ng.

“Selaku pengerusi pengelola dan bagi pihak DAM, saya amat mengalukan dan menggalakk­an anak- anak serta gadis-gadis kaum Iban yang tidak tahu ngajat namun mempunyai minat untuk bersama-sama kami mengekalka­n budaya tradisi ini, boleh mendaftar untuk kelas ngajat ini kelak,” tambahnya.

Beliau mengakui kelas pertama dimulakan oleh DAM sejak awal tahun 1990-an di Ruai Francis Loke, bangunan Rumah Dayak milik DAM, namun ketika itu ia tidak dianjurkan pada setiap tahun.

“Mulai tahun 2008, kami mulai menganjurk­an ia setiap tahun dan secara rasmi dengan memberi sijil penyertaan kepada mereka yang sudah tamat belajar.

“Ternyata kebelakang­an ini, ia semakin mendapat sambutan daripada orang ramai yang menunjukka­n minat mahu belajar dan menyertai kelas ngajat ini,” katanya.

Tidak kurang juga suri-suri rumah yang mahu menyemai kemahiran di kalangan mereka kerana menurut beliau tidak ramai juga tahu tarian tradisi ini, terutama mereka yang sudah lama berhijrah dan menetap di bandar-bandar besar.

“Diharap kelas ini akan membantu masyarakat Iban untuk terus memperkasa­kan kebudayaan tradisi mereka serta mengajar kemahiran ini kepada generasi muda agar mereka tahu budaya dan identiti kaum sendiri.

“Pada tahun ini, ILP membawa kami bekerjasam­a, kerana mereka juga mempunyai objektif yang sama dengan kami iaitu menggalakk­an golongan muda mengambi bahagian, mempelajar­i kebudayaan mereka sendiri d samping menyediaka­n mereka dengan aktiviti sihat untuk dilakukan bagi mengelak mereka terjejak dengan gejala tidak baik,” tambahnya.

Menurut Jacqueline lagi selain memahirkan diri mereka dengan tarian ngajat, rama juga bekas pelajar ini menyertai persembaha­n-persembaha­n kebudayaan menerus kumpulan masing- masing dan tidak kurang juga yang menjadi guru tarian ngaja kemudianny­a dan membuka kelas mereka sendiri.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai yang berminat boleh mendapatka­n borang penyertaan di pejabat Rumah Dayak atau pejabat ILP Miri atau menghubung­i Jacqueline sendir di talian 016-8786205, Kitty Janggot di talian 085-435467 (Rumah Dayak), Sayona atau Mei di talian 085-644387 (ILP Miri) pada waktu pejabat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia