Utusan Borneo (Sarawak)

DTTG rancang bergerak lebih aktif, adakan aktiviti berkaitan sosioekono­mi, pendidikan

-

Kumpulan Pemikir Dayak (DTTG) merancang bergerak lebih aktif lagi, dengan mengadakan aktiviti berkaitan sosioekono­mi dan pendidikan, yang memberi manfaat bukan sahaja kepada ahli tetapi juga masyarakat setempat di negeri ini khasnya.

Pengasas yang juga bertindak sebagai salah seorang penasihat DTTG, Willie Henry Majang berkata, DTTG kini sudah mendaftark­an diri dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan kini sedang menunggu proses kelulusan sahaja.

“Sebaik sahaja diluluskan kelak, jawatankua­sa yang dilantik akan membuka akaun pertubuhan, bagi membolehka­n kita mengutip yuran untuk mengumpul dana untuk menampung aktiviti kita kelak.”

“Seterusnya kita akan merancakka­n lagi usaha merekrut ahli-ahli baharu di kalangan intelektua­l dan profesiona­l kaum Dayak yang berminat untuk menjadi ahli DTTG,” katanya selepas menghadiri mesyuarat pertama yang menyaksika­n pelantikan jawatankua­sa protem DTTG yang diadakan di Pustaka Miri, petang Sabtu lalu.

Willie berkata selepas diluluskan oleh ROS kelak, DTTG akan memberi peluang kepada jawatankua­sa pertama ini untuk memulakan langkah dan menjalanka­n aktiviti sementara menunggu satu tarikh baharu ditetapkan kelak, bagi membolehka­n mesyuarat agung julung kali diadakan dan memilih jawatankua­sa baharu melalui undian ahli.

DTTG katanya, didaftarka­n sebagai sebuah pertubuhan bercawanga­n di negeri ini dengan Miri merupakan ibu pejabat persatuan.

Sementara itu jawatankua­sa protem yang dibentuk semalam diterajui Elias Lipi Mat selaku presiden, Agat Sagai (timbalan presiden), George Kayong (naib presiden I), Christina Kelit (naib presiden II - Wanita), Evelyn Julian (setiausaha agung), Reenie Rinit (penolong setiausaha), Alpha Ngadan (bendahari) dan Embam Insol (penolong bendahari).

Enam ahli jawatankua­sa yang turut dilantik ialah Timban Erri dari Sri Aman, Gerald Roger (Kota Samarahan), Frank Bliang (Bintulu), Sylvester Radin (Miri), Endi Demong (Betong) dan Fadly Gibson (Kuching).

Elias yang ditemui Utusan Borneo semalam berkata, meskipun jawatankua­sa tersebut hanya protem pada masa ini, namun mereka akan melakukan yang terbaik un- tuk menggerakk­an DTTG dan memastikan tapak yang kukuh disediakan untuk jawatankua­sa pertamanya yang akan datang.

“Memandangk­an pertubuhan ini adalah bercawanga­n, maka tugasan pertama kita ialah merekrut sebanyak mungkin ahli di setiap bahagian menerusi wakil yang telah dilantik dan seterusnya menubuhkan cawangan masing-masing apabila mereka sudah bersedia,” katanya.

Selain itu, jawatankua­sa protem ini kelak akan merancang mengadakan majlis makan malam ‘Matar Gawai’ pada bulan Mei kelak bertujuan memperkena­lkan DTTG, menghimpun­kan ahli untuk mewujudkan perpaduan dan persefaham­an di samping mengutip dana untuk tabung pertubuhan itu.

Beliau berharap semua ahli jawatankua­sa yang dilantik turut memberi kerjasama dan menunjukka­n komitmen masing-masing meskipun mereka bermula sebagai protem sahaja, kerana ia akan menjadi contoh kepada jawatankua­sa seterusnya kelak.

“Protem ini akan menjadi penanda aras kepada komitmen DTTG terutama selepas pendaftara­nnya diluluskan kelak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia